Firdaus Azil
Khairy berkata tiada apa yang tumbang dan mesyuarat Kabinet berjalan seperti biasa hari ni. -Foto Twitter Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR:
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin nafi bahawa
kerajaan telah tumbang seperti mana yang didakwa Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas,
awal hari ni.
Ahli Parlimen Rembau itu,
melalui ciapan di Twitternya berkata, Mesyuarat Kabinet berjalan seperti
biasa hari ni, walaupun Anwar mendakwa mendapat sokongan yang mencukupi
untuk membentuk kerajaan baharu.
Dan sokongan itu, dakwa Anwar lagi, turut hadir daripada beberapa Ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perikatan Nasional.
“Baru
selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau
jatuh,” kata Khairy, sambil mengepilkan satu gambar menunjukkan keadaan
mesyuarat itu di Putrajaya, sebentar tadi.
Terdahulu,
Anwar mendakwa, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah jatuh kerana kekurangan majoriti yang diperlukan di dalam
Dewan Rakyat.
Dalam sidang media itu,
beliau berkata, sokongan yang didapati untuk menjadikannya Perdana
Menteri adalah cukup kukuh, bukan sekadar tambahan 5 – 10 Ahli Parlimen
sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan