HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2020

PCS tidak dicintai di Sabah

SUARA MERDEKA

WALAUPUN dinamakan sebagai Parti Cinta Sabah (PCS) tetapi hakikatnya parti itu tidak dicintai oleh rakyat Sabah.

Ini ekoran kegagalan parti tersebut untuk memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PCS pada mulanya dilihat antara pencabar yang mampu membentuk kerajaan negeri.

JIka PCS dapat majoriti maka ia akan menjadi parti tunggal untuk membentuk kerajaan negeri.

Tetapi, malangnya rakyat Sabah lebih percaya kepada parti gabungan yang menyaksikan PCS langsung tidak diberi peluang untuk mewakili rakyat negeri itu.

Malah Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman juga tewas di DUN Bongawan yang merupakan kubu kuat beliau dalam Parlimen Kimanis.

Anifah tewas kepada calon Warisan, Daud Yusof yang mendapat 5,400 undi. Anifah mendapat 3,598 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 3,548 undi.

Pada PRN semalam yang keputusannya diumum lewat tengah malam tadi, Warisan menjadi parti tunggal yang mencatatkan kemenangan terbesar iaitu sebanyak 29 kerusi DUN.

Tetapi secara keseluruhannya, Warisan Plus tewas kepada Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang mendapat 38 kerusi, Warisan Plus pula 32 dan bebas tiga.

GRS terdiri daripada BN, Pakatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Sementara Warisan Plus dianggotai Warisan, DAP, PKR dan UPKO. – SM

Tiada ulasan: