HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2020

100 disyaki 2 kerakyatan cuba masuk Sabah melalui jalan tak sah diusir

FREE MALAYSIA TODAY

Pesuruhjaya Hazani Ghazali berkata polis tidak menafikan hak mereka untuk mengundi tetapi cara mereka masuk tidak betul dan perlu dihalang.-

PAPAR: Polis mengumumkan lebih 100 individu dihalang daripada memasuki Sabah dan diusir dari perairan Malaysia pada Khamis kerana melalui jalan tidak sah.

Polis mengesyaki mereka juga memiliki 2 kerakyatan.

Pesuruhjaya Hazani Ghazali berkata 2 bot jongkong dan 2 bot laju yang membawa mereka itu dikesan cuba melepasi sempadan laut di Sandakan lalu disekat.

"Kita terpaksa halang mereka kerana melalui jalan yang tidak sah. Bukan menafikan hak mereka untuk mengundi tetapi cara mereka masuk tidak betul dan kita perlu halang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Tiada ulasan: