on
Jika
itu bakat terpendam mereka (Warisan-PH), lebih baik mereka jadi pelakon
atau masuk rancangan Maharaja Lawak daripada jadi pemimpin, ujar bekas
Perdana Menteri DS Najib Razak di dalam sidang live Facebooknya malam
tadi.
Beliau berkata demikian apabila mengulas
mengenai video-video propaganda dan juga iklan-iklan besar bersaiz
billboard yang penuh di sekitar kawasan di negeri Sabah.
Najib
juga turut berasa kecewa kerana segala pembangunan yang telah dirancang
oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk transformasi,
pembangunan ekonomi dan juga pembangunan anak-anak Sabah telah
dihentikan oleh kerajaan Warisan PH.
Menurut
Najib, 2 tahun berturut-turut (2018 dan 2019) Warisan Sabah menerima
rekod pencapaian yang begiru dahsyat iaitu negeri yang paling teruk
sekali pertumbuhan ekonominya. Kerajaan pimpinan PH menerima gred F
dalam kad laporan prestasi mereka.
"Sudah 2 minggu PH dan Warisan berkempen di Sabah, apakah kita dengar apa-apa pelan pembangunan mereka untuk Sabah? Tiada."
"Adakah kita dengar apa-apa idea untuk pemulihan ekonomi Sabah? tiada."
"Adakah kita dengar mengenai pengukuhan kebajikan untuk anak-anak Sabah? tiada."
"Adakah
kita dengar apa-apa mengenai sistem jaringan sosial (social safety net)
yang ama diperlukan oleh penduduk Saabah? tiada."
"Yang kita dengar dari pemimpin Warisan adalah rakyat Sabah tidak perlu bantuan kebajikan, tidak perlu BR1M."
"Yang
kita lihat dari pemimpin PH dan Warisan apa? Iklan-iklan besar mereka
dan video-video menitis air mata. Dahsyat sekali, sungguh dahsyat." ujar
Najib
"Jika itu bakat terpendam mereka, lebih baik
mereka menjadi pelakon atau masuk rancangan maharaja lawak daripada
menjadi pemimpin."
"Video-video mereka tidak
bermakna kepada rakyat. Orang di Tawau dan Kalabakan, Sepanggar, Kota
Belut dan Tuaran tidak dapat menfaat langsung daripada iklan permainan
kata-kata dan video pemimpn PH dan Warisan."
"Jelas sekali PH adalah sebuah kerajaan yang gagal."ujar Najib
Akhir
sekali, Najib menyeru kepada rakyat Sabah supaya membuat pertimbangan
sebaik-baiknya dan buatlah pilihan yang tepat untuk diri, anak-anak
sabah dan masa depan semua.
"Sudah tiba masanya rakyat Sabah ambil langkah berani dan ubah balik. Berilah peluang kepada calon-calon Barisan Nasional."
"Saya
yakin bahawa parti BN mampu menerajui Sabah dan membawa negeri di bawah
bayu kembali ke landasan pembangunan, Insyaalah." – Tun Carlos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan