HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 September 2020

Pas minta penjelasan UMNO

 Kumara Sabapatty

MGF23082020_CERAMAH-MUAFAKAT-NASIONAL15-681x454
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar boleh dianggap sebagai gerakan bertujuan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina adalah di atas permuafakatan Barisan NasionalN, Bersatu, Pas, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH.

Malah, katanya, Pas merasakan jika benar keadaan ini, ianya bermakna UMNO telah tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019.

Sehubungan dengan itu, Pas meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO terhadao Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatu-padukan umat Islam dalam negara, sekaligus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

“Sehubungan itu Pas berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN.

“Seterusnya kami mengajak UMNO untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara bersama ini,” katanya.

Artikel berkaitan: Ramai ahli Parlimen BN, UMNO sokong Anwar – Ahmad Zahid

Tiada ulasan: