PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bersetuju mencalonkan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu membuktikan kerjasama erat antara parti-parti dalam gabungan itu.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, ia sekali gus mencerminkan sokongan rakyat kepada GRS yang terdiri daripada PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
“Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan parti-parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah.
“Saya juga berdoa semoga Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Hajiji yang juga Pengerusi PN Sabah menerima sokongan sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, esok.
Pada PRN Sabah Sabtu lalu, GRS berjaya memenangi 38 kerusi berbanding
Warisan Plus mendapat 32 kerusi manakala Bebas (tiga kerusi). – UTUSAN
ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan