HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2020

Pengundi bergejala diasingkan, mengundi di tempat khas.

FREE MALAYSIA TODAY

Pengundi yang mempunyai simptom Covid-19 perlu menjalani ujian saringan sebelum mengundi dan perlu mengundi di tempat khas.

KOTA KINABALU: Pengundi yang mempunyai gejala seperti batuk dikehendaki menjalani ujian Covid-19 sebelum mengundi, diasingkan ke tempat khas dan mengundi di situ, kata petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Petugas itu, Hilmi Nasir, yang ditemui di Pusat Undi Tadika Peak Nam Toong, memaklumkan setakat 1 tengah hari tadi, ada 4 orang diasingkan dan kemudian didapati negatif.

"Mereka semua bergejala seperti batuk-batuk biasa sahaja. Yang ada simptom biasa akan diasingkan dan undi di tempat khas," katanya.facebook sharing button

Tiada ulasan: