HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2020

Rasmi: GRS menang

 MALAYSIAKINI

Malaysiakini

  • Dikemas kini dengan keputusan rasmi.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), gabungan itu setakat 11.45 malam sudah memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Warisan dan gabungannya menang 32 kerusi sementara tiga DUN dimenangi calon bebas.

Untuk membentuk kerajaan negeri parti bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi.

Tiada ulasan: