HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2020

DAP tidak perlu sakit kepala – Annuar Musa

 SUARA MERDEKA

UMNO tidak akan bekerja sama dengan mana-mana kumpulan yang di dalamnya ada DAP, kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Oleh itu katanya, DAP tidak perlu sakit kepala memikir dengan siapa UMNO akan membentuk pakatan.

“UMNO tidak akan bekerja sama dengan sesiapa sekali pun sekiranya bersama mereka ada DAP.

“Jadi, DAP tidak payah sakit kepala,” katanya di twitter.

Annuar membuat kenyataan tersebut sebagai membalas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa partinya sama sekali tidak akan kerjasama dengan UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Guan Eng, slepas mendapat berita bahawa “ramai” Ahli Parlimen BN dan UMNO menyokong rancangan rampasan kuasa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP menegaskan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Ketika berkempen di Kota Kinabalu, Guan Eng menekankan pendirian parti itu tetapi tidak menyentuh secara langsung pengumuman Anwar baru-baru ini.

“Kita lawan UMNO  dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat

“Saya nak tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dgn Umno di bawah pimpinan Zahid (Hamidi) dan di bawah pimpinan Najib (Razak). Sama sekali tidak,” katanya.

Anwar pada Rabu lalu mengumumkan sudah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa kerajaan yang akan dibentuknya adalah kerajaan Melayu-Islam dan antara Ahli Parlimen yang memberikan sokongan termasuk dari UMNO.

Kenyataan Anwar itu di sambut pula oleh Ahmad Zahid yang mengatakan bahawa UMNO tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimennya yang magu menyokong Anwar.

Selepas itu sebuah portal menyiarkan nama 19 Ahli Parlimen UMNO yang didakwa menyokong Presiden PKR itu.

Namun, semua mereka menafikan menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan. – SM

Tiada ulasan: