Astro Awani
Dr
Achmad Dzariean berkata, kenyataan Presiden UMNO itu juga gagal
ditafsir dan perlu dilihat dari sudut yang luas daripada orang bawahan
parti. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu sokongan Ahli
Parlimen UMNO kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan
suasana yang tidak selesa dan tegang kepada ahli parti itu sendiri.
Felo
penyelidik dari Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara
Malaysia (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, kenyataan
Presiden UMNO itu juga gagal ditafsir dan perlu dilihat dari sudut yang
luas daripada orang bawahan parti.
"Bukan
itu sebenarnya yang pimpinan UMNO mahukan, tetapi secara realitinya
kenyataan ini menunjukkan UMNO adalah sebuah parti yang tidak boleh
dipermain-mainkan oleh mana-mana pihak.
"Semua
kena ambil iktibar daripada apa yang berlaku dan setiap pihak di dalam
politik dalam negara ini sebenarnya harus menilai dan juga melihat
kekuatan masing-masing sama ada ia boleh ditafsirkan kepada tindakan
politik yang relevan.
"Ataupun
boleh kita lihat sebagai memberi satu peluang atau ancaman yang bakal
berlaku apabila gerakan politik seperti yang telah dilakukan Anwar itu
dilakukan atau terjadi," katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.
Dr
Ahmad Zahid sebelum ini berkata, UMNO dan BN tidak dapat menghalang
Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar
yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).
Dalam
pada itu kata Dr Achmad Dzariean, kenyataan Ahmad Zahid telah
mencetuskan impak dan keadaan yang boleh mengucarkacirkan ahli-ahli umno
di peringkat bawahan dan mungkin juga kegusaran di peringkat pemimpin
UMNO sendiri.
Ujarnya, apabila berlaku
cetus ketidakselesaan ahli UMNO yang fikir bahawa apabila ada sokongan
ahli Parlimen UMNO kepada Anwar sudah pasti pertukaran kerajaan akan
berlaku.
"Pada dasarnya saya anggap
kenyataan UMNO ada pelbagai muslihat. Antara tafsiran muslihat apa yang
terkandung di sebalik ucapan Ahmad Zahid itu sendiri, ia mempunyai
pelbagai maksud
"Antaranya ialah pertama,
dia mahu beri isyarat kepada PN bahawa UMNO sebenarnya boleh jadi king
maker, dengan kedudukan Ahli Parlimen yang begitu kuat, antara yang
paling ramai pada ketika ini dan keupayaan UMNO untuk mencetuskan
suasana kucar kacir dalam kerajaan hari ini tidak boleh dipandang ringan
dan enteng oleh pemimpin tertinggi Bersatu dan PN.
"Walau
sebenarnya kita melihat terdapat juga beberapa parti lain cuba berusaha
jadi king maker, contohnya Pas, pada pandangan saya mereka juga ada
strategi politik berbeza mereka beri sokongan kepada PN, mereka beri
komitmen kepada MN, mereka juga sedia sokong BN tapi hakikatnya politik
berdasarkan angka," katanya.
Sebelum ini,
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata,
kenyataan sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat
bertentangan dengan janji sebelum ini yang telah mengizinkan Ahli-ahli
Parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan