HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 September 2020

Hadi Awang Pencatur Politik Yang Bijak


Semalam saya menerima satu video dari rakan yang amat minat dengan politik malaysia, saya ni takla minat mana cuma sekarang dilihat seolah olah politikus hanya mementingkan kantung sendiri.

Semalam Presiden PAS menjawab soalan wartawan dengan kiasan yang cukup jelas buat MN dan PN. "PAS tidak akan naik Bas Express yang tidak berhenti di stesen"

Maknanya apa?

Maknanya semua pimpinan samada dalam PN atau MN, jangan terjebak dengan permainan politik yang masih lagi jauh dan panjang.

Berhenti sekejap di stesen C19 !!! Ketika ini negara sudah ada PM yang SAH, negara juga sedang dalam pemulihan ekonomi, rakyat juga sedang butuhkan pelan pelan penjanaan semula kehidupan selepas terkesan akibat Covid19.

Bila dah siap isi minyak, rakyat dah makan tengahari, pemandu, penumpang dah siap solat, maka teruskanlah perjalanan.

InsyaAllah selamat sampai..

Ir Zamani Hussin

Tiada ulasan: