UMNO ONLINE
KUALA
LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
berkata, banyak perkara yang boleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)
pelajari dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ujarnya, pemimpin dan jentera yang gigih membantu di sana tentu ada
pengalaman unik yang boleh dijadikan pedoman untuk berdepan Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-15 nanti.
“Sama ada kawasan kalah atau menang, muhasabah dan buat ‘post-mortem’ cari punca kalah menang,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya, hari ini.
Ujarnya, ada kawasan yang dijangka menang tetapi kalah kerana ada pelbagai gangguan.
“Ada jentera yang cukup baik, ada juga yang mesti diperbaiki. Ada kalah akibat salah orang, ada juga sebab salah sendiri, apapun UMNO/BN telah berjiwa besar dengan sanggup berkongsi demi rakyat untuk tewaskan Warisan-Dap dan lain-lain.”
Katanya, apabila disebut UMNO/BN berkorban sanggup berkongsi kuasa demi rakyat untuk tewaskan Warisan/Dap dan lain-lain dalam PRN Sabah, tidak semua setuju namun fakta sukar dipadamkan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada fakta bahawa kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), Karanan, Kabuk, Sulaman, Nabawan, Membakut, Kawang adalah DUN yang telah tiga penggal dimenangi BN, selain Kuala Penyu yang telah dua penggal di bawah BN. Ini termasuklah Bandau dan Pintasan yang merupakan DUN baru tetapi antara kawasan yang memang kubu kuat BN.
Dilaporkan, Sabtu lalu Parti Warisan tumbang sebagai kerajaan Negeri Sabah apabila majoriti kerusi DUN berpihak kepada BN dan PN yang kemudiannya membentuk kerajaan baru di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – UMNO Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan