HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Ogos 2009

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551

Oleh G. MANIMARAN


BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.

Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Pada Mac 2008 PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.

BERITA TERDAHULU:

Keputusan tak rasmi: PAS kekal DUN Permatang Pasir

SEBERANG PRAI: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Setakat pukul 6.55 petang, PAS dipercayai memperoleh 8,524 undi manakala calon BN pula 4,063.

Undi dari satu lagi daerah belum dikira.

Setakat pukul 7 malam, kira-kira 1,000 undi masih belum dikira.

Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus telah keluar mengundi.

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala, Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

BERITA TERDAHULU:

Undi berakhir, 73% keluar mengundi: Keputusan jam 8

SEBERANG PRAI: Proses mengira undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sedang berlangsung dengan peratusan keluar hanya 73 peratus.

Peti undi pertama akan tiba di pusat penjumlahan di IKBN menjelang 7 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan paras itu sebagai memuaskan walaupun kurang sembilan peratus berbandung tahap dicapai pada Mac 2008.

"Apa sahaja paras melebihi 70 peratus kami gembira, kemungkinan 73 peratus ini kerana ramai pengundi di luar Permatang Pasir tidak pulang untuk mengundi, keadaan cuaca bukan masalah... cuaca baik," katanya. Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.

Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini.

BERITA TERDAHULU:

SEBERANG PRAI: Pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir sudah berakhir dengan peratusan keluar mengundi dalam lingkungan 75 peratus.

Proses pengundian berlangsung dengan lancar walaupun wujud ketegangan di sana sini, tetapi rata-rata penyokong parti menyifatkan sebagai "hari pengundian yang membosankan" kerana terlalu banyak peraturan dikuatkuasakan.

Pengundian ditutup pukul 5 petang tadi.

Keputusan akan diumum pukul 8 malam ini.

Tiada ulasan: