HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 April 2010

Kartika ikuti kelas agama di Kedah cari ketenangan, kata bapa

Oleh Lee Suet Ling


KUALA LUMPUR — Bekas model sambilan Kartika Shukarnor (gambar), yang selesai menjalani hukuman khidmat sosial di Kuantan minggu lalu, kini mengikuti pengajian agama untuk mencari ketenangan, kata bapanya.

Ibu kepada dua anak ini dikatakan sedang mengikuti program agama di Kedah.

Bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib ketika mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider berkata, anaknya masih berada di negeri itu dan belum pulang untuk menemui anaknya.

Difahamkan Kartika telah pergi ke Kedah sebaik sahaja pulang dari Kuantan.

“Kartika ada telefon saya, dia kata tak nak balik dulu, nak sambung belajar agama selepas apa yang telah menimpa dirinya.

“Ada seorang profesor universiti yang ajaknya pergi belajar agama bersama setelah melihat Kartika begitu tertekan dengan situasi yang dialami,” kata beliau ketika dihubungi.

“Saya tidak pasti Kartika belajar kat mana sekarang, tapi rasa-rasanya dekat Kedah.

“Dia tidak beritahu saya dengan terperinci, cuma menyatakan nak sambung belajar. Benda-benda lain diketepikan dulu”, katanya lagi.

Kartika selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan selama tiga minggu pada 22 April lalu.

Kartika, 33, sebelum ini terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman itu.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak itu dijatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai 2009 selepas didapati bersalah meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Panel khas: Tak buat siasatan, pantau siasatan polis

Regina Lee



"Panel khas" yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden remaja Amirulrasyid Amzah ditembak mati oleh polis, tidak mempunyai sama ada kuasa untuk menyiasat atau membuat syor kepada pihak polis.

Ini telah menimbulkkan persoalan mengenai apa sebenarnya yang mereka boleh lakukan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof yang mengetuai panel tersebut berkata mereka hanya boleh "memantau siasatan tersebut supaya penyiasatan dijalankan secara adil dan telus".

Menurutnya, oleh kerana siasatan kejadian tersebut dilakukan oleh pihak polis, maka ramai yang mendakwa tidak akan wujud ketelusan.

Bercakap dalam satu sidang media di ibunegara hari ini, beliau berkata kerana itulah pihak kementerian memutuskan untuk menubuhkan panel khas tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid Amzah, pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, yang memandu kereta Proton Iswara mati ditembak setelah dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis manakala rakannya dapat melarikan diri.

Abu Seman berkata, panel itu sendiri tidak boleh mengumumkan hasil siasatannya kepada umum dan keputusan muktamad adalah terletak di tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein.

Beliau juga berharap penubuhan panel itu akan menamatkan spekulasi mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam kejadian pada awal pagi Isnin itu.

Abu Seman berkata beliau akan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha KDN, Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz dalam panel lapan anggota itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama merekan yang dipilih menganggotai panel tersebut kerana menurutnya, mereka belum lagi menyatakan persetujuan masing-masing.

Bagaimanapun, Abu Seman menegaskan bahawa ahli politik tidak akan dilantik menganggotai panel itu kerana 'tidak mahu pembabitan mereka yang kepentingan".

Katanya, ini kerana jika siasatan tersebut tidak telus, maka imej kementerian berkenaan akan terjejas.

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene

Susan Loone



Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Ini penjelasan Pak Lah...

MALAYSIA KINI



Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau telah 'menyerahkan' 'dua kawasan yang kaya minyak' kepada Brunei.Dalam kenyataannya lewat petang ini, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei

MALAYSIA KINI



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Pesalah Lalulintas Paling Banyak Tawar Rasuah: SPRM

BERNAMA

PUTRAJAYA: Bagi tempoh Januari lepas sehingga hari ini, pesalah lalu lintas adalah paling banyak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi suapan.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, golongan itu merekodkan 21 kes daripada 64 tangkapan yang dibuat suruhanjaya di seluruh negara bagi tempoh tersebut.

Golongan kedua tertinggi ialah pendatang asing sebanyak 19 kes membabitkan permit kerja, diiikuti pihak yang cuba menutup kes jenayah yang dilakukan sebanyak tujuh kes, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, lain-lain kesalahan ialah berkaitan penyitaan kenderaan (6 kes), lesen perniagaan (3), dadah (3), pembalakan haram (2) dan masing-masing satu kes untuk mempercepatkan urusan dan mencuri elektrik.

Kesemua kes suapan itu membabitkan nilai keseluruhan RM200,000 dengan nilai tertinggi RM35,000, kata Mustafar.

Beliau berkata, tujuh kes telah dibawa ke mahkamah mengikut akta suruhanjaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan yang turut hadir berkata, suruhanjaya akan bekerjasama dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) untuk mengadakan majlis penerangan bagi masyarakat Tionghua di negara ini.

Langkah itu diambil memandangkan masih ramai daripada kalangan kaum Cina yang tidak memahami fungsi SPRM, katanya.

Sesi penerangan pertama akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur/Selangor pada 5 Mei ini dan ianya akan diperluaskan ke negeri-negeri, kata beliau.

Nik Aziz Terima ugutan Bunuh

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.

"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.

Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.

"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.

Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.

Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.

"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.

Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.

"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.

"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu.

Pemerolehan kerajaan : buka ruang penyertaan asing?

BERNAMA


PTJ08_190209_MUSTAPA_D8KUALA LUMPUR : Kerajaan melalui Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan membuka peluang penyertaan asing di dalam pemerolehan kerajaan bagi membolehkan Malaysia menyertai Kerjasama Trans-Pasifik (TPP).

Penyertaan asing di dalam kontrak kerajaan adalah antara tiga cabaran bagi membolehkan Malaysia menyertai TPP, selain dasar persaingan dan undang-undang buruh, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam beberapa sektor pemerolehan kerajaan sekarang, tidak ada penyertaan asing kerana negara juga ada dasar untuk membantu usahawan tempatan, termasuk bumiputera, tetapi memberi petunjuk bahawa kerajaan akan mencari cara membuka ruang untuk penyertaan asing, katanya.

"Kerajaan sedang mengkaji satu cara ia boleh terus memberi sedikit keutamaan kepada usahawan tempatan, yang juga penting dan berada di dalam sistem keutamaan. Mungkin ada peranan yang boleh dimainkan oleh para pembekal asing," katanya pada sidang media mengenai Majlis Penerangan Bergerak Menteri Ekonomi Asia Tenggara ke AS mulai 3 hingga 8 Mei.

"Ini adalah satu langkah ke hadapan. Kerajaan telah pun meluluskan satu dasar berkaitan dasar persaingan (untuk menarik lebih banyak penyertaan swasta dalam bidang kompetitif), yang sebelum ini tidak begitu jelas semasa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat," katanya.

TPP merupakan inisiatif pelbagai hala bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas di antara negara anggota menjelang 2015.

Pada masa ini, TPP dianggotai oleh Austalia, Brunei, Chile, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.


Dr Mahathir puji Perkasa atas dasar perkauman

yusmadi yusof Oleh Qayum Rahman


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan langkah Tun Dr Mahathir Mohamed memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana beliau juga mengamalkan dasar perkauman.

Menurut Dr Mahathir katanya, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perkasa telah berjaya menarik undi Melayu membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Parlimen di Hulu Selangor Ahad lalu.

"Dr Mahathir sendiri seorang rasis. Sebab itu dia memuji Perkasa dan menyokong badan bukan kerajaan itu," kata Yusmadi ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, "Dr Mahathir adalah seorang pelopor dasar perkauman dan telah sebati dalam hidupnya sejak berkurun lalu untuk digunakan sebagai modal mainan politik semasa sehingga sekarang.

Menurut Yusmadi, pendirian Dr Mahathir dan Perkasa tidak diterima oleh banyak golongan termasuk parti mereka sendiri (BN) yang juga menolak isu perkauman.

Tegas beliau, Perkasa wujud adalah hasil dari sisa buangan Umno yang telah kecewa kerana ditolak Umno dan tidak mempunyai platform lain untuk membentangkan agenda politik mereka.

Beliau berkata, Dr Mahathir menggunakan Perkasa sebagai pengurus majlis untuk beliau menonjolkan diri setelah dibelakangkan oleh Umno sebelum ini.

"Saya lihat Perkasa menjadi orang suruhan untuk penggerak Dr Mahathir untuk terlibat dalam politik kerana Umno tidak lagi memberi ruang kepada beliau untuk menjadi tunggak utama dalam perjalanan Umno.

"Dr Mahathir boleh bekerjasama dengan Perkasa kerana perjuangan kedua-duanya adalah sama dan akan sentiasa semat di hati mereka bahawa perkauman di antara bangsa-bangsa perlulah dibezakan," tambahnya.

Yusmadi berkata, kemenangan BN di Hulu Selangor bukanlah bantuan dari Perkasa seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir tetapi adalah kerana merasuah duit rakyat kepada rakyat hingga dapat membeli Hulu Selangor dengan nilai puluhan juta ringgit.

"Janganlah BN mahupun Perkasa atau pun Dr Mahathir sendiri menafikan kemenangan BN adalah dari merasuah rakyat kerana perkara itu amat jelas untuk rakyat menilai," ujar beliau.

Polis perlu terbuka terima kritikan rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.

Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

"Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

PAS katanya yakin, ramai lagi anggota polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu berbanding segelintir yang bermasalah.

"Pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif," tambahnya lagi.

Polis dakwanya seoalah olah hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Selain itu beliau melahirkan rasa kesal ekoran penolakan pihak polis sebelum ini untuk penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana menganggapnya sebagai satu ancaman.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) yang mengantikan IPCMC juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas.

"Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun," katanya lagi.

Tambahnya, uniform polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat dan jika polis tidak bersalah rakyat tidak akan menghukum.

Sehubungan itu ujarnya, ketua polis negara akan datang perlu lebih profesional dan tidak cepat melatah menghadapi tekanan sekaligus menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno

Dzulfikar Mashor


KUALA LUMPUR: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.

Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.

Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

Tamrin Sifatkan Rais Sebagai Hipokrit

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai hipokrit apabila mempertikai kehadiran beliau pada dua ceramah kempen pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Hulu Selangor minggu lalu.

Ketika ditemuramah Suara Keadilan, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam selama dua penggal berkata berbanding Rais beliau tidak pernah meninggalkan Umno dan juga tidak bertindak membakar 'jambatan'.

"Tidak pernah dalam sejarah karier politik, saya tinggalkan parti tetapi Rais pernah berada di dalam parti Semangat 46 dan berkata beliau telah membakar jambatannya dengan Umno.

"Semasa di luar Umno beliau memaki hamun, mencerca dan menyerang begitu hebat sekali semua pemimpin Umno termasuk Najib dan isterinya Rosmah.

"Apabila dia perlukan jawatan Menteri kembali Rais sanggup mencium tangan yang membina jambatan yang dibakarnya," kata Tamrin di pejabatnya hari ini.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA dan Exco Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebagai seorang politikus yang licik tetapi gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

"Rais akan berbuat apa sahaja dan cakap apa sahaja untuk memuaskan hati ketuanya asalkan jawatan dan kepentingan dia terjamin.

"Semasa menjadi Menteri Luar beliau gagal mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih sehingga kita hilang pulau itu kepada Singapura.

Tamrin mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik Rais sebagai berkata bahawa tindakan beliau menyertai ceramah Pakatan Rakyat diibarat seperti 'mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan' serta tidak mencerminkan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar Baba.

"Sekarang ini Umno pandai bercakap mengenai perjuangan Tun Ghafar tetapi apabila sahaja ayah saya tidak lagi berada dalam kerajaan tidak ada pemimpin Umno yang peduli atau datang melawatnya. Mereka hanya datang ziarah disaat Tun Ghafar menghembuskan nafas terakhir beliau. Begitulah Umno melayan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Ghafar. Dia hanya penting ketika pegang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan," kata Tamrin dalam nada kesal.

Menyentuh mengenai kehadirannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan Stadium Kuala Kubu Baharu, Tamrin berkata beliau mengkagumi ketokohan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak dalam Pemuda Umno lagi.

"Saya dengar Tuan Guru Nik Aziz akan berada di Sungai Buaya jadi saya pergilah. Kebetulan Datuk Seri Anwar, kawan lama saya, ternampak saya dan memperkenalkan saya kepada hadirin dan menjemput saya ke atas pentas. Apabila Tuan Guru tidak datang saya kembali keesokan malamnya untuk mendengar ceramah beliau di stadium. Baru sekarang saya dapat berpeluang untuk mendengar ceramah Tuan Guru setelah menunggu sekian lama.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sekiranya mereka ada niat untuk pecat saya. Saya sedia menerima apa juga keputusan dengan hati terbuka," kata beliau lagi.


Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diupah Umno

Oleh G. Manimaran

PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada ketika dihubungi di Kota Baru

Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.

Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”

“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.

Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.

“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.

Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.

“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.

“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.

Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.M/I

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

Oleh Mohd Sayuti Omar

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk!

http://msomelayu.blogspot.com/

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.

"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.

Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Menurut saksi, Aminulrasyid memecut dan melanggar beberapa lampu merah sebelum ditahan kereta peronda polis selepas kereta yang dipandunya telah tergesel sebuah kereta lain.

Musa berkata, beliau enggan membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku pada masa kejadian.

"Kejadian pukul 2 pagi dan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota saya takkan tahu sama ada pemandu itu dewasa atau bukan sebab keadaan gelap.

"Jika anda enggan berhenti dan terus meluru semasa polis mengarahkan supaya berhenti, maka kenderaan itu dianggap sebagai senjata sebab ia bahaya kepada nyawa pegawai penguat kuasa.

"Melarikan diri daripada polis menyebabkan syak dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang kita mesti memastikan kenapa individu ini melarikan diri daripada kami," tambahnya.

Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diupah Umno

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR — PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”

“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.

Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.

Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”

“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.

Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.

Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.

Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.

“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.

Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.

“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.

“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.

Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.

Zaid Akan Lancar Kempen "Kenali Pemimpin"

TV SELANGOR

Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.

Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin PAkatan Rakyat lain.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.

Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.

Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.

Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka"

Siasat mengapa GMC lingkup di bawah Kickdeffela

Salmah & Muhd Yusri

KOTA BHARU: Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno.

Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.

GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan.

Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.

Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.

”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.

Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan.

Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.

Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.

Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya.

Dari Hulu Selangor ke Sibu

Wong Meng Chuo


Barisan Nasional berjaya mengembalikan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi, dalam PRK yang ke-10 selepas PRU tahun 2008. PRK Sibu yang bakal menyusul pada 16 Mei, kini menjadi tumpuan baru seluruh negara.

Sebelum ini, pengundi Sibu, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR) ataupun pendukung sistem dua parti, bertanggapan bahawa keputusan PRK Hulu Selangor bakal mempengaruhi PRK ke-11 ini. Nampaknya mereka menaruh harapan agar angin perubahan akan bertiup ke Sarawak.

PRK Hulu Selangor yang telah melabuh tirai mungkin satu tamparan yang bukan kecil buat PR. Pada hakikatnya, sebagaimana yang saya perhatikan, "angin perubahan" agak sukar untuk merentasi Laut China Selatan, dan mendarat di Sabah dan Sarawak yang berada di Pulau Borneo.

Pengundi Sibu agak konservatif

Sebagaimana yang sedia maklum, kestabilan majoriti BN sebenarnya bergantung kepada kelebihannya di Malaysia Timur. PRK Batang Ai yang berlangsung pada April 2009 dilihat sebagai kayu uji PR untuk bertempur dengan BN. Mungkin ada yang akan mempertikaikan bahawa kawasan DUN Batang Ai adalah kawasan luar bandar, dan pengundi mudah terpikat dengan pembangunan yang ditawarkan BN.

Walaupun kira-kira 70% pengundi di kawasan pengundian Sibu tinggal di bandar yang seketika dahulu kedua terbesar dalam negeri ini (kini ranking ketiga), namun suasananya amat polos dari dulu hingga sekarang. Majoriti penduduknya ialah warga tua, di mana pengundi yang berumur 40 tahun ke atas mencakupi 62.5%. Secara umumnya, pendirian politik penduduk di sini lebih cenderung kepada konservatif. Apa yang beza adalah, dua pertiga daripada pengundi Sibu ialah Cina, dan majoriti pengundi di Batang Ai pula ialah kaum Iban.

Sememangnya, lebih daripada 60% pengundi Cina (pengundi Cina mencakupi 2/3 daripada jumlah pengundi Sibu) mengundi pembangkang dalam PRU ke-12 pada tahun 2008, berbanding dengan 33% pengundi Melayu dan 26% pengundi Iban yang menyokong pembangkang. Maka secara teorinya, PR mempunyai kelebihan dalam PRK ini, terutamanya ketiga-tiga parti pembangkang telah bersekutu, dan keadaan di mana penamaan dua calon dari pembangkang (DAP dan PKR) tidak akan wujud lagi.

Dikuasai pembalak

Pembangkang biasanya akan menuding jari kepada undi pos apabila kalah dalam pilihan raya. Daripada 3,235 undi majoriti yang diperolehi BN, 2,712 undi adalah undi pos. Pada masa yang sama, agak pelik apabila senarai daftar pemilih yang diumumkan terbaru ini memperlihatkan lonjakan nisbah pengundi Iban daripada 15% kepada 22%.

Seandainya kecenderungan pengundi Iban adalah sama dengan PRU ke-12, maka BN masih mempunyai peluang untuk menang. Ini kerana pilihan pengundi Cina dan Melayu agak stabil dari dulu hingga sekarang. Ia dijangkakan tidak akan mengalami perubahan besar kali ini.

Sibu adalah medan yang dikuasai pembalak. Beberapa kumpulan ini memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan. Hanya dengan mewujudkan peluang pekerjaan, dan menyumbang dalam penjanaan jentera kempen wang, ia sudah memadai untuk menangkis undi tidak puas hati, dan menghalang undi ini daripada terus bertambah.

Dalam keadaan di mana pengaruh PKR atau PAS yang agak lemah di sini, angin perubahan masih belum cukup kencang. Keputusan PRK Hulu Selangor kali ini nampaknya menyebabkan mereka kehilangan peluang perubahan, sekali lagi.

Kepentingan kaum asli terjejas

Namun, PR masih berpeluang untuk menemui "cahaya" di kawasan Iban. Ini kerana terdapat sebidang tanah di kawasan Sibu yang diperuntukkan untuk kegunaan pembangunan ladang kelapa sawit, tetapi didapati pula sebahagian besarnya adalah tanah yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Malah, ia membabitkan tanah adat, yang mencabul hak penduduk tempatan.

Orang asli akan sedar apabila merasai ancaman daripada pembangunan tanah, sebagaimana yang berlaku di kawasan lain di Sarawak, malah mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap pencabul hak mereka.

Di Sibu, terdapat satu ladang kelapa sawit yang seluas 2,700 hektar, dan berkaitan dengan KTS yang melibatkan 19 rumah panjang dan 560 keluarga. Orang yang bertanggungjawab dalam syarikat ini kebetulannya adalah calon SUPP, iaitu Robert Lau Hui Yew.

Robert Lau Hui Yew adalah sepupu kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew, mewakili kepentingan kerabat KTS. Adalah cabaran kepada Robert Lau Hui Yew sama ada beliau dapat mengimbangi konflik antara kepentingan kerabatnya dengan politiknya, sementara untuk memenuhi impian sepupunya.

Namun, PR nampaknya gagal meningkatkan kesedaran politik pengundi dalam tempoh kempen yang singkat ini. Limpahan wang yang ditaburkan mungkin membuat PR tergelincir sekali lagi di Sibu. Dari segi makna ini, nampaknya habuk Hulu Selangor telah melayang merentasi Laut Cina Selatan dan mendarat di Sibu.

*Wong Meng Chuo ialah penduduk Sarawak. Diterjemah dari artikel yang disiarkan di kolum MerdekaReview, edisi Cina.

Khamis, 29 April 2010

BROADBAND CELCOM HANYA SESUAI UNTUK AFRIKA?

SABAH KINI





Oleh: SURIATI MAHMUD


BROADBAND Celcom yang menggunakan cogankata ‘Semakin Luas @ Wilayah Celcom Broadband’ masih belum mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia, terutama Lahad Datu dan hanya dianggap sesuai untuk Gurun Kalahari, Afrika yang tidak berbukit bukau.

Para pegawai Celcom lebih berminat untuk mencari mereka yang membuat aduan daripada menyelesaikan masalah kerana ‘kucing’ pun tahu bahawa Celcom Broadband gagal mencapai liputan untuk seluruh Bandar Lahad Datu sehingga jurujual Broadband Celcom mencadangkan agar para pengguna mengambil pakej RM68 dan bukannya RM98 kerana masalah liputan.

“Buat apa jual Celcom di sini? Di Afrika sesuailah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sewajarnya membatalkan lesen yang diluluskan secara tidak sah kepada Celcom yang bukan sahaja gagal memberi liputan terbaik sistem jalur lebar, malah rangkaian yang lemah menyebabkan Celcom lebih bersifat seperti tandas awam. Kalau mahu masuk mesti bayar walaupun kotor,” ujar Wong K.H yang telah menukarkan talian dan broadbandnya kepada DiGi.

Kata Wong, beliau kesal dengan sikap bongkak Celcom yang tidak mempeduli aduan pengguna sebaliknya menyalahkan pengguna yang gagal mendapat perkhidmatan terbaik terutama peniaga yang menggunakan internet untuk e-banking.

“Mujur ada DiGi dan Maxis di Lahad Datu yang lebih cekap daripada Celcom,” luah Wong yang menyatakan internet kini adalah keperluan hidup manusia yang tidak boleh diganti dengan perkhidmatan lain.

Tinjauan yang dijalankan Sabahkini.net mendapati banyak kawasan gagal diliputi Celcom. Jika dapat dilayari terpaksa disambung beberapa kali kerana signal menunjukkan liputan ‘poor’ hampir di seluruh Bandar Lahad Datu dan tidak dapat dilayari di kawasan empat batu daripada Bandar Palma.

Dua kali kena ISA kerana bela nasib peneroka Felda

Oleh Muda Mohd Noor

Suhaimi Said,65, sudah dua kali ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) kerana memperjuangkan nasib peneroka Felda yang menurutnya tidak dibela dengan sewajarnya.

Kali pertama ialah pada tahun 1985 selama sembilan bulan dan kali kedua dalam operasi lalang pada 1987 selama tujuh bulan.

"Saya tidak disenangi oleh pengurusan Felda dan pemimpin Umno kerana perjuangan saya membela nasib peneroka. Mereka menuduh saya sebagai pemecah belah masyarakat Felda.

"Saya menentang ketidakadilan di mana peneroka tidak mendapat geran hak milik walaupun sudah menjelaskan semua hutang Felda," katanya ketika ditemui di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor baru-baru ini.

Suhaimi berasal dari Temerloh, Pahang tetapi sudah berjuang untuk masyarakat Felda di seluruh negara sejak tahun 1978 lagi.

Menurutnya, sehingga ini ada kira-kira 125,000 peneroka yang masih terikat dengan Felda dan mendapat elaun bulanan RM1,200 bagi setiap keluarga peneroka.

"Sistem begini tidak bagus kerana boleh menjadikan peneroka malas, Pendapatan sebanyak itu jauh lebih sedikit berbanding peneroka yang menyertai program tanam sendiri rata-rata memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM3,000.

"Elaun bulanan yang dibayar Felda itu boleh dianggap sebagai hutang kerana selepas enam tahun hutang mereka dengan Felda menjadi RM60,000.

"Felda juga menggalakkan peneroka supaya membuat pinjaman perumahan sebanyak RM40,000 dan ini menjadikan hutang mereka bertambah," katanya.

Ketika ditanya sehingga bila beliau akan terus berjuang untuk peneroka Felda, Suhaimi berkata, "saya akan terus berjuang sehingga hak-hak dan keadilan peneroka diperolehi."

"Anda tanya sampai bila? Bila Felda dan kerajaan hendak beri geran hak milik dan hapuskan hutang peneroka."

Kerajaan negeri tetap bantu Cina Hulu Selangor – Khalid

20091002112614_khalid  ibrahim Oleh Staf FMT


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi ketetapan bahawa kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.

Merujuk kepada kenyataan yang berbau perkauman dan bersifat hasutan terutama daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) beliau berkata,

"Pemikiran cetek yang tersemat di dada para pengikut Perkasa adalah terpancar dari sifat perkauman bagi melahirkan perasaan tidak puas hati berikutan sokongan yang semakin merosot terhadap Barisan Nasional (BN)."

Khalid berkata, "kerajaan negeri akan tetap memberi peruntukan dan bantuan berbentuk projek-projek pembangunan kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor walau dihasut oleh golongan tertentu supaya menghentikan bantuan.

"Kerajaan Selangor dan PR katanya, tidak pernah dan tidak akan mewujudkan jurang di antara kaum Melayu mahupun kaum-kaum lain dan sentiasa akan berlaku adil terhadap semua pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di sini semalam.

Beliau berkata, "Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak releven kerana mengamalkan dasar perkauman yang akan memusnahkan hubungan di antara kaum."

Khalid berkata, pengundi Cina di Hulu Selangor terus menunjukkan sokongan positif kepada PR hingga meningkatkan jumlah undi kepada 78% pada PRK Hulu Selangor.

"Ada pihak yang dengki dengan sokongan yang diberikan kaum Cina kepada PR dan mereka (Perkasa) kononnya mempunyai kuasa menghasut kerajaan pusat agar tidak memberikan hak dan bantuan semata-mata ingin memberi tekanan kepada pengundi Cina," jelasnya.

Sementara itu, dalam satu kenyataannya semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa berunsur "perkauman tebal" hingga menyinggung perasaan kaum Cina.

"Tindakan Perkasa menggesa kerajaan menangguhkan peruntukan dan projek kepada masyarakat Cina amat dikesali. Kenyataan Perkasa itu berunsur hasutan," ujar beliau.

Soi Lek juga berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Ibrahim dalam kenyataannya kelmarin meminta kerajaan pusat menghentikan bantuan kepada masyarakat Cina yang tidak menghargai jasa kerajaan pusat.

Beliau membuat kenyataan itu selepas keputusan PRK bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu membuktikan sokongan kaum Cina kepada BN semakin merosot.

Senator cadang 'kasi' bapa bayi yang dibuang

BERNAMA


Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman 'kasi'.

Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk 'mengajar' golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.

"Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita 'kasi' bapa-bapa ini," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain.

"Kita lihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

"Ibu, bapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan dah jadi masyarakat yang individualistik. Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang," katanya.

Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral.

"Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja," katanya.

Pakatan gesa menteri, IGP, KPN S'gor mohon maaf

MALAYSIA KINI



Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menggesa menteri dalam negeri, ketua polis negara (IGP) dan ketua polis negeri (KPN) Selangor memohon maaf secara terbuka kepada keluarga allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lalu.

Di samping itu, Pemuda Pakatan juga menggesa supaya sebuah suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes tersebut pada kadar segera.

Pergerakan itu juga menggesa Pemuda Umno-BN dan badan-badan pro-Melayu seperti PERKASA supaya menyatakan ketetapan mereka mengenai apa yang menimpa allahyarham Aminulrasyid.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, gesaan tersebut dibuat dengan solidiriti Dewan Pemuda PAS pusat dan Pemuda Sosialis DAP di bawah panji-panji Pemuda Pakatan Rakyat.

Sambil menyuarakan kekesalannya dengan insiden yang menimpa pelajar berusia 15 tahun itu, Shamsul Iskandar turut mendakwa ia berlaku dalam keadaan di mana kes Norizan Salleh dan allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak polis dan KDN.

"AMK melihat pihak polis seolah-olah tidak belajar daripada kesalahan yang lepas. Justifikasi yang memuaskan secara berterusan gagal diberikan," katanya.

Menurutnya lagi, rentetan kes yang berlaku iu jelas menunjukkan keperluan kerajaan menyegerakan kewujudan IPCMC sebagaimana yang didesak oleh Pakatan Rakyat sekian lama.

Shamsul berkata Pemuda Pakatan Rakyat juga akan membawa kes Aminulrasyid ke perhatian Suruhanjaya Hal Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Isnin ini.

Pertemuan dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang dan turut disertai beberapa NGO yang lain.

KPN sedia arah anggota polis undur

MALAYSIA KINI



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Orang Asli perlu berani buat perubahan

Hashim Abdullah


TEMERLOH: Masyarakat Orang Asli tidak perlu takut untuk melakukan perubahan politik bagi membaiki taraf kehidupan yang lebih baik sebagaimana dinikmati orang lain, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Berucap pada program ramah mesra bersama penduduk di perkampungan Orang Asli Kampung Paya Badak dekat sini, beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh berkata, masyarakat Orang Asli terutama golongan muda telah ramai yang berani dan membuat perubahan bijak dengan menyertai parti politik daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tahu telah ramai golongan muda masyarakat Orang Asli yang bijak pandai dan berani membuat perubahan politik dengan menyertai PR kerana sedar kegagalan Umno/BN membela nasib masyarakat mereka.

“Sebab itu kita mahu masyarakat Orang Asli di sini membuat perubahan seiring dengan bangsa lain untuk kebaikan bersama. Masyarakat Orang Asli boleh masuk PAS atau Dewan Himpunan Penyokong PAS, kita amat mengalu-alukan,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam dan Pengarah Dun Kuala Semantan, Zubir Omar.

Pada majlis tersebut, Syed Hamid menyampaikan sedikit sumbangan untuk masyarakat Orang Asli setempat.

Ahmad Lutfi perlu berehat

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman hari ini dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 26 April lalu.

Pihak keluarganya ketika ditemui memberitahu, keadaan Lutfi semakin baik dan pihak doktor menasihatkan beliau banyak berehat dan kurang menerima tetamu.

"Ayah dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan, doa dan bantuan daripada semua pihak bagi menjayakan operasi pintasan jantung lalu," kata salah seorang anaknya.

Isnin lalu, Ahmad Lutfi telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Sebelum ini, Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasty bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Aminulrasyid: Pemuda Umno, Perkasa nyatakan pendirian

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mencabar pemuda Umno/BN dan juga badan pro-Melayu menyatakan pendirian mereka berhubung kes remaja mati ditembak polis 26 April lalu.

"Kita menggesa pemuda Umno-BN dan juga badan-badan pro-Melayu seperti Perkasa menyatakan ketetapan mereka mengenai kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid ini.

“Apakah mereka turut menentang atau bersetuju dengan pembunuhan allahyarham itu," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan.

Selain itu, mereka yang terdiri AMK, Dewan Pemuda PAS (DPP) dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) akan mengemukan kes tersebut ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 2.30 petang, 3 Mei ini.

Ianya bagi memohon perhatian pihak Suhakam menyiasat dan meneliti berhubung tingkah laku polis yang bertindak menembak seorang remaja bawah umur sehingga menyebabkan kematian.

"Insiden ini berlaku dalam keadaan kes yang melibatkan Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri. Adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salah laku polis juga disiasat oleh polis," katanya lagi.

Dalam kejadian pagi 26 April lalu, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis di kepalanya ketika memandu kereta keluarganya di Shah Alam.

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Para mufti khasnya Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah naib ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?," soal beliau.

Ambil tanah Felda untuk generasi kedua

Hashim Abdullah


TEMERLOH: Kerajaan negeri diminta menyemak semula terma-terma yang terkandung dalam Akta GSA 1960 bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan diisi bagi penempatan generasi kedua Felda.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, hari ini.

Menurut Mazlan, jika tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations seluas 384 ribu hektar seluruh negara ditempatkan peneroka, maka seramai 84 ribu anak peneroka akan dapat memperoleh penempatan dan pekerjaan di skim-skim Felda yang ditempatkan itu.

“Anak akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan-kerajaan negeri agar menyemak semula terma-terma yang terdapat dalam Akta GSA 1960 termasuk usaha mengambil balik tanah yang diberikan kepada Felda Plantations untuk diisi oleh anak peneroka.

“Kami mahu asas penubuhan Felda sebagaimana yang dihasratkan Tun Abdul Razak untuk menempatkan rakyat yang tidak bertanah untuk membolehkan mereka hidup selesa di tanah rancangan Felda dilaksanakan,” katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan PAS negeri, Roslan Al Ahmadi dan Hasanuddin Salim.

Suara Orang Ulu Belaga: BN Pekakkan Telinga

Hary Wing Miku



Dua hari lalu saya dan 10 ribu Orang Ulu Bakun-Sg.Asap begitu bersyukur kerana TV2 begitu prihatin mengemukakan permasalahan kami penduduk Bakun-Sg.Asap, melalui dokumentari pendek Galeri Mandarin Nasional. Walaupun dokumentari ini hanya memakan masa 10 minit setiap episod. Kami tetap bersyukur kerana hanya dengan cara itu sahajalah permasalahan kami dapat diketengahkan dan seterusnya harapan kami pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami segera dan bukan bila menjelang pilihanraya.

Namun kegembiraan kami cuma hanya seketika, apabila hari ini, rancangan dokumentari 10 episod itu telah dihentikan siaranya dengan serta merta. Ketika meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah RTM Ibrahim Yahaya, Ibrahim memaklumkan bahawa siri dokumentari itu telah tamat (maksudnya dokumentari itu hanya dua episod sahaja).

Jelas sekali Ibrahim Yahaya berbohong kepada saya dan 10 ribu masyarakat Orang Ulu Belaga. Ketika meminta penjelasan lebih lanjut Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sibuk dan sedang bermesyuarat, perbualan kami terhenti di situ sahaja.

Saya mempersoalkan kenapa masalah sebenar rakyat tak ingin didengar oleh pemerintah. Sedang rancangan drama dan hiburan ditayangkan sampai dua hingga tiga jam. Penting sangatkah slogan "1Malaysia" sehingga semua masa siaran TV, radio dan media cetak hanya melagukan 1Malaysia. Tapi masalah rakyat slot 10 minit pun tak dibenar disiarkan. Kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO dan berjuta-juta ringgit lagi untuk tujuan promosi 1Malaysia. Tapi bila tiba masa pengimplimentasian 1Malaysia. Rakyat diketepikan dan kerajaan memekakkan telinga.

Saya mencabar Perdana Menteri Najib Razak. Jika benar 1Malaysia bukan hanya slogan. Menjelang 12.20 tengahari besok dokumentari Bakun-Sg.Asap akan ke udara semula, dan besar kemungkinan undi 10 ribu Orang Ulu Belaga akan memihak Barisan Nasional. Tetapi jika tidak, kami terpaksa memilih kepimpinan pembangkang untuk salurkan permasalahan kami.

Dalam waktu terdekat ini, jika kerajaan melalui TV2 masih enggan menyiarkan rancangan dokumentari Bakun-Sg.Asap. Kami seluruh penduduk Bakun akan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan. Pastinya nanti pentas PRK Sibu akan menjadi medan pungutan suara untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.

Untuk rekod, kami penduduk Bakun Sg.Asap telah mengemukakan permasalahan kami melalui Deklarasi Sg.Asap pada tahun 2003 kepada KSN pada waktu itu Samsudin Osman dan yang kedua kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Jabu pada 2008. Kedua-dua deklarasi ini masing-masing ditandatangani oleh mendiang Temenggong Talik Lisut (2003) dan Temenggong Nyipa Batok (2008). Semua ketua kaum turut sama menandatangani dan menyokong deklarasi tersebut. Namun sehingga kini pihak BN masih memekakan telinga.

EPISOD DOKUMENTARI BAKUN-SG.ASAP YANG TELAH DAN BELUM DISIARKAN

Pertama: Masalah ekonomi yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)

Kedua: Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)

Ketiga: Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara tiba-tiba)

Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada 29 April, telah dibatalkan)

Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, telah dibatalkan.)

Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan? Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei, telah dibatalkan.)

Ketujuh: Nasib kubur orang asli di kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)

Kelapan: Kesan Empangan Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual untuk disiarkan pada 5 Mei)

Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)

Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)

*Tulisan ini dipetik dari blog seorang penduduk Asal Bakun, Hary Wing Miku.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor: Satu Renungan Untuk Najib Dan BN

Oleh ramziredang


"Semasa kempen di Rasa,Hulu Selangor, Najib mengumumkan bantuan RM3juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika BN menang. Namun begitu pengundi Cina tetap memilih PKR. Mereka sedikitpun tidak mempedulikan pengumuman perdana menteri. Begitu juga halnya dengan pengundi Cina di Kuala Kubu Baru, Hulu Yam, Kalumpang, Serendah dan kawasan kawasan pengundi Cina yang lain. Semua statistik menunjukkan BN sudah tidak berjaya lagi menawan hati pengundi Cina, malah boleh dikatakan mereka ditolak secara total, jika rentetan pilihanraya Bukit Gantang dan Hulu Selangor digunapakai.

Bagi BN ini tentunya menghairankan mereka, tetapi tidak bagi PR. Kesimpulan pertama yang dapat dirumuskan ialah, PR telah muncul sebagai pemerintah alternatif yang dinanti nantikan oleh rakyat selama ini.

Dengan jelas dan nyata BN memang tidak pernah belajar dari kesilapan. Sindrom politik 'gula gula', 'umpan', 'menabur janji' dan 'cucuk hidung' masih membelenggu fikiran sebahagian besar pemimpin BN. Mereka masih membawa isu pembangunan, bantuan kewangan dan projek 'mee segera' sebagai membuktikan keikhlasan mereka memerintah.

Mereka sendiri masih dibuai mimpi, seolah olah masyarakat pengundi masih lagi berfikiran seperti tahun tahun 60an. Mereka telah lupa bahawa sekarang adalah zaman di mana berpuluh ribu keputusan PMR mendapat pangkat lebih dari 5A.

Yang dapat mereka tipu hanyalah saki baki masyarakat yang berada di ceruk kampung. Golongan tua yang masih tinggal tidak berapa kerat dan pengundi yang tidak berpelajaran tinggi. Juga golongan miskin yang diberi bantuan tidak seberapa. Pengundi bandar yang tidak bergantung dengan kerajaan dan kawasan yang penuh dengan orang berpelajaran, sudah tidak mampu lagi ditawan oleh BN.

BN masih lagi mengugut rakyat dengan isu pembangunan.

Jika pembangunan yang menjadi isu, PRU12 Pakatan Rakyat tidak akan menang di Selangor, Pulau Pinang dan Perak(yang di rampas oleh BN), yang jelas penuh dengan pembangunan.

Jika pembangunan yang menjadi isu, PAS tidak akan memerintah Kelantan selama 20tahun dan berjaya menawan Kedah, yang jelas miskin dan serba kekurangan.

BN tidak berjaya melihat isu keperihatinan rakyat secara ikhlas dan menyeluruh. Mereka tidak melihatnya secara nasional. Jangankan untuk melihat dasar pemerintahan BN secara menyeluruh 1Malaysia, melihat cara JKKK perintah kampungpun sudah pincang.

Pemimpin BN terlalu bengap untuk merasa bahawa merekalah yang telah merosakkan 'teras utama'yang melambangkan keunggulan sesebuah negara.

Berbagai masalah demi masalah melanda negara dalam berbagai sudut:

Ekonomi.

Pembaziran dan ketirisan dalam mengendalikan harta negara telah menjerumuskan negara ke lembah kemerosotan ekonomi. Harta negara ditadbir dengan cara yang salah. Malah rezab negara pun semakin berkurangan. Duit penyimpan institusi utama yang dianggap selamat tidak lagi selamat. Contohnya duit simpanan KWSP dan tabung haji dilaburkan ke arah yang berisiko. Saham saham utama jaminan kerajaan seperti ASB atau ASN tidak mampu memberi pulangan besar kepada pelabur.

Kenaikan harga barang dan menguruskan keperluan rakyat dilakukan secara sambil lewa. Malah masalah remeh yang berulang ulang berlaku seperti kekurangan gula atau bekalan ayam ketika musim tertentu hanyalah menggambarkan bahawa kerajaan BN boleh diperbodohkan oleh syarikat besar. Kesempitan hidup rakyat dengan kenaikan minyak dan segala perbelanjaan kos hidup yang mahal, hanya diberi alasan 'lebih murah dari negara jiran' oleh kerajaan BN.

Pemimpin atasan bebas mengikis harta negara dan mengumpul harta sedangkan statistik kemiskinan rakyat semakin bertambah. Kepincangan demi kepincangan dalam salah urus tadbir harta negara tidak cuba dipandang serius oleh BN. Skandal BMF, PERWAJA ataupun PKFZ, pasti tidak akan selesai sampai bila bilapun. Inilah contoh indikator utama tahap kecekapan BN selama lebih 52 tahun memerintah Malaysia.

Sosial.

Berbagai gejala negatif melanda negara. Masalah ragut, dera, penagihan dadah, samun, rogol, zina, buang anak dan berbagai masalah sosial tidak ditangani secara sistematik dan tidak bersungguh sungguh.

Malah pemimpin atasan BN sendiri serasi dengan perangai yang buruk seperti judi, arak, kronisme dan rasuah.

Integiriti Badan Bebas.

Badan bebas seperti polis, pencegah rasuah, suruhanjaya pilihanraya dan badan badan lain seperti badan kehakiman, yang sepatutnya dilihat bebas, sudah tidak dilihat bebas lagi di mata rakyat. Mereka sudah tidak mampu membina keyakinan di hati rakyat yang mereka bukan menjadi agen agen BN.

Pukat mereka terlalu rapuh untuk menangkap 'ikan besar'. Lantaran itu tidak ada satu namapun yang boleh diumumkan bahawa mereka telah berjaya menghukum ikan besar. Yang terpampang di media hanyalah ikan bilis.

Yang jelas dan nyata sekarang, rakyat telah mula sedar bahawa pemimpin BN hanya memperbodohkan rakyat selama 52 tahun. Namun sekarang, satu golongan demi satu golonan rakyat sudah semakin tersedar tentang penipuan BN.

Pilihanraya umum ke 13 akan tiba dalam beberapa tahun lagi. Sudah sepatutnya para pemimpin BN mula membuat persediaan dari sekarang. Membuat persediaan dari segi emosi dan mental.

Bersedialah untuk menjadi pembangkang di dalam parlimen.

Penjelasan YB Mohd Nasir Berhubung Soalan Bidang Kuasa Sultan

Oleh YB. MOHD NASIR BIN MUSTAFA - ADUN KUBANG ROTAN


Saya bertanyakan empat soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini, di mana dua daripadanya menjadi kontroversi berpunca dari bantahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahadzir Khalid.

Dua soalan tersebut ialah:
Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Setengah-setengah soalan ditanya bukan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan hanya kerana penyoal tidak tahu. Secara ikhlas dan berterus terang, saya mahu pihak yang menjawab menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Itulah hakikatnya yang saya lakukan.

Penjelasan terhadap soalan (a):

Dalam soalan (a) saya mahu dijelaskan, apakah Kerajaan Pusat sebenarnya tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah di SP Inn pada 4 April 2010 hari Ahad di rasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.

Soalan ini timbul kerana kekeliruan saya terhadap tahap campur tangan Kerajaan Pusat terhadap pentadbiran Agama Islam di negeri Kedah. Bahkan bagi saya campur tangan pihak Kerajaan Pusat boleh mengelirukan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) berhubung bidang kuasa pentadbiran agama peringkat negeri dan Kerajaan Pusat.

Penjelasan terhadap soalan (b):

Dalam soalan (b) saya mahu memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh ADUN Bakar Bata, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

ADUN Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk ‘Pegawai Masjid Dipaksa Bersara’ telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedar bahawa pentadbiran agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan, sebab itu mengambil sikap tidak campur tangan.
Dengan itu tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana ‘arahan politik’ Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.

Kedua-dua soalan tidak mempertikaikan kuasa Sultan

Sama ada secara tersurat atau tersirat, soalan saya langsung tidak mempertikaikan bidang kuasa Sultan seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. Apatah lagi kata-kata yang bermaksud menghina Sultan.

Saya yakin semua pihak yang waras jika membaca atau mendengar soalan lisan ini bersetuju bahawa tidak wujud walau sepatah perkataan yang mempertikai kuasa KDYMM Sultan, kecuali pihak pembangkang (BN) dan media-media tertentu yang dikuasai mereka. Mereka cuba mengalih dan menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

BN membantah untuk menutup tindakan mereka tidak hormat bidang kuasa Sultan

Pertikaian Ketua Pembangkang terhadap soalan dalam Sidang DUN bukan kerana saya ‘mempertikaikan kuasa Sultan’ tetapi kerana menyedari bahawa hasil dari soalan ini akan mendedahkan tindakan-tindakan mereka selama ini yang mencampuri dan tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan.

Oleh itu, mereka telah berhempas pulas untuk memastikan soalan saya tidak dijawab dengan harapan tertutuplah salahlaku mereka yang cuba saya bongkarkan.
Penjelasan Terhadap Kenyataan PKDK

Desakan oleh YDP Persatuan Kerabat Diraja Kedah supaya saya memohon ampun kepada KDYMM Sultan tidak timbul kerana:

YDP PKDK mungkin tidak meneliti soalan lisan saya sehingga mengeluarkan kenyataan menuduh bahawa soalan saya menghina Tuanku Sultan.

Salah faham ini berlaku mungkin kerana YDP PKDK tidak berada di dalam persidangan Dewan dan hanya membaca serta mendengar melalui laporan media.

Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2010 desakan yang sama dibuat oleh Ketua Pemuda BN Kedah, Encik Badrul Hisham Hashim menambahkan keyakinan saya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh PKDK telah dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian.

Kesimpulannya, saya mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak terperangkap politik murahan pihak pembangkang (BN) yang sudah ketandusan isu.

(Gambar Keratan akhbar:Membuktikan Siapa Yang Sebenarnya Penderhaka)

http://warta-utara.blogspot.com