HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2010

MEMANG BENAR PEGAWAI AKHLAK TIDAK BERAKHLAK

SABAH KINI




BANGGA.... Pegawai ini sepatutnya berbangga kerana dikelilingi wanita jelita seperti bangganya 'Bung Karno' yang berjaya mendapat wanita jelita seperti 'Dewi' Naoko Nemoto. Gambar ini dimuat turun daripada Facebook pencari dosa. Sekeping gambar lebih jelas daripada seribu perkataan.!

Saudara Pengarang,

MEMANG benar dan tepat sekali apabila Sabahkini.net menyiarkan laporan yang dimuat turun daripada Facebook yang dikirim Pencari Dosa bertajuk ‘Pegawai Akhlak Yang Tidak Berakhlak’ namun saya kecewa kerana wajah Pegawai Akhlak lelaki berkenaan dikaburkan sedangkan di Facebook tidak ditapis.

Saya harap Sabahkini.net tidak gentar membongkar kebenaran kerana sebagai kakitangan Jabatan yang terlibat, kami juga menjadi mangsa pegawai berkenaan bukan sahaja tidak tahu membuat kerja malah terus berpoya-poya di Kelab Malam menggunakan kenderaan kerajaan yang dibawa pulang ke rumah.

Pegawai ini bukan sahaja ‘jahil dan bangang’ dalam urusan pentadbiran, malah kaki pengampu dan sering memangsakan kakitangan bawahan dan seorang ‘playboy’ yang hanya memberikan layanan kepada perempuan yang boleh melayan karenah gatal beliau termasuk menemaninya di pusat karaoke dan memberi layanan seks.

Amat malang bagi pekerja lelaki yang tidak mempunyai ‘pakej’ dada montok dan bergetah kerana kami sering menjadi mangsa pegawai ini yang berlagak sebagai Ketua Pejabat sedangkan beliau hanyalah Ketua Unit sahaja; namun diberi kuasa oleh Pengarah untuk membuat kerja penting seperti memberi markah prestasi yang menentukan masa hadapan seseorang pegawai di jabatan yang Pengarahnya juga tidak berakhlak kerana gemar melanggani ‘tukang urut’ dan ‘Perempuan Visaya’.

Sebagai kakitangan bawahan yang teraniaya, kami harap agar Sabahkini.net menyiarkan gambar sebenar daripada Facebook untuk menghentikan kegiatan pegawai yang curang dan jalang ini sejajar dengan moto Sabahkini.net, ‘Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran’.

Jika ada siasatan, kami sedia tampil untuk memberikan bukti kerana surat menyurat dan aduan kami kepada Ketua Jabatan seperti mencurah air mata untuk membersihkan najis di tandas yang tersumbat.

Kami juga berharap agar Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Kerajaan Persekutuan di Sabah mengambil inisiatif untuk menyiasat kegiatan ‘haram dan tidak bermaruah’ pegawai ini terutama menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk melakukan kerja sumbang dan menganiaya kakitangan bawahan.

Tolonglah kami yang dikekang oleh karenah birokrasi dan telah menggunakan semua saluran, namun gagal sekalipun telah mengadukan hal ini kepada Ketua Jabatan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Kami terkilan dan hairan kenapa Jabatan masih mengekalkan perkhidmatan beliau sedangkan tidak ada seorangpun yang suka kepada beliau yang bukan sahaja menjadi liabiliti kepada kerajaan malah mencemarkan imej jabatan yang berkaitan akhlak.

Untuk makluman, ramai lagi pegawai kanan lain di jabatan ini yang suka memangsakan pegawai wanita untuk melepaskan nafsu seks mereka namun enggan bertanggung jawab semata-mata kerana mereka sudah beristeri dan membiarkan pegawai berkenaan bergelumang dosa.

Kami bersedia memberikan bukti dan tampil menjadi saksi jika kes ini dibawa ke mahkamah sekiranya pegawai berkenaan mahu mengheret Sabahkini.net ke Mahkamah sebagai ‘Saman Malu’ bagi pegawai yang menggunakan kemaluannya untuk menganiaya dan menyusahkan orang lain.

Sekian, Salam Perjuangan,

MANGSA DERA JABATAN

(NOTA: Sabahkini.net memohon maaf kepada suami mangsa dan anak isteri pegawai berkenaan kerana niat kami baik sebagai amaran agar pegawai ini memperbetulkan kesilapan dan mengubah sikap beliau. Dalam hal ini, Sabahkini.net terpaksa mengambil sikap terbuka dan tidak menyalahkan pegawai berkenaan semata-mata; sebaliknya pegawai-pegawai wanita dalam gambar ini juga harus muhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan agar tidak mengkhianati suami atau pasangan masing-masing dengan berpoya-poya di pusat hiburan bersama bukan muhrim).

Tiada ulasan: