HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2010

Umno-BN Di Tenom Hampir Lumpuh

Oleh Noordiana Mohd Razis


TENOM - Pengaruh Umno-Barisan Nasional di Sabah kian merosot apabila KEADILAN Cabang Tenom menerima penyertaan baru keahliannya dari empat buah kampung di Tenom baru-baru ini.

Kampung terbabit termnasuk Kg Kalamatoi, Kampung Gumisi, Kampung Maugus dan Kampung Angalor.

Borang keahlian di serahkan kepada Datuk Halik Zaman, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah merangkap Ketua Infomasi dan Komunikasi Bahagian Bahasa Malaysia .

Tiga wakil dari Kg Kalamatoi yang terdiri daripada Mubin Labong, Peter Labong dan Johari Mansiang menyatakan penduduk pendalaman Tenom kini telah menyedari bahawa mereka hanya dijadikan alat pemimpin Umno-Barisan Nasional demi kepentingan peribadi sahaja.

"Apabila pemimpin BN telah mendapat apa yang mereka hajati, pengundi yang telah mengundi mereka di lupakan begitu sahaja. Keperdulian terhadap penduduk setempat yang mereka wakili di abaikan begitu sahaja. Kami menyesal dengan sikap mereka," jelas Peter Labong.

Johari Mansiang pula berkata penduduk kampung bertekad untuk beralih arah kepada KEADILAN dan berharap parti itu mampu mengisi piawai kepimpinan yang mereka dambakan selama ini.

Turut menyerah borang keahlian kepada Halik termasuk Ladis Bakir dan Lai Tet Sui, wakil penduduk Kampung Gumisi, Tenom.

Kedua wakil tersebut berkata mereka sudah bosan dan muak dengan kepimpinan Umno-BN yang hanya pandai menabur janji apbila menjelang pilihan raya.

Boramng keahlian juga diterima dari Sandi Nuiang dan Kanil Karim, wakil Kampung Maugus yang turut menyatakan penduduk kampung itu telah hilang kepercayaan terhadap Umno-BN.

"Kebajikan kami diabaikan sama sekali oleh wakil rakyat BN yang ada pada hari ini dan tidak ada pembangunan diperuntukan untuk penduduk kampung.

"Penduduk kampung seperti tidak wujud pada pandangan wakil rakyat BN ini, padahal tanpa undi dari penduduk kampung ini, mereka tidak akan duduk selesa di kedudukan yang mereka perolehi sekarang ini," tegas mereka.

Turut serta di majlis penyerahan borang keahlian KEADILAN di Tenom termasuk wakil daripada penduduk Kg Angalor, Muil Uran, Esai Uran dan Mingguh Balau.

Sebanyak 2,000 borang keahlian telah diserahkan kepada wakil kampung yang hadir pada majlis tersebut dan mereka berharap untuk menubuhkan ranting di kampung masinh-masing dalam masa terdekat apabila kelulusan diterima daripada ibu pejabat KEADILAN.

Ketua Cabang Tenom serta Halik dijangka melawat kampung terbabit untuk merasmikan ranting baru yang ditubuhkan kelak.

Tiada ulasan: