HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 April 2010

80 peratus melibatkan pengambilan tanah - Suhakam

Oleh Masdar Wahid

KUCHING : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpendapat sudah tiba masanya Kanun Tanah Sarawak digubal bagi membolehkan penduduk di Kawasan itu dengan pengambilan tanah mendapat pembelaan sewajarnya.

Memandangkan negeri Sarawak dilimpahi pelbagai projek besar, sudah tentu ia banyak melibatkan proses pengambilan tanah terutamanya di kawasan pedalaman.

Sepanjang tahun ini, Suhakam negeri Sarawak menerima 12 aduan dan kini dalam proses rundingan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

Pesuruhjaya Suhakam negeri Sarawak, Dr. Mohammad Hirman Rotom Abdullah, berkata, walaupun pihaknya tidak mempunyai kuasa menyekat perkara itu, namun sebagai badan yang mengendalikan hak manusia, Suhakam perlu bertindak bagi menyelesaikannya sebaik mungkin.

Beliau berkata, jika berdasarkan kepada Kanun Tanah Sarawak, setiap pemilik tanah perlu bekerja sepanjang tahun dan tidak boleh berhenti daripada mengusahakannya.

“Sudah tentu seseorang pengusaha tanah tidak mampu bekerja sepanjang 365 hari. Inilah masalah yang dihadapi penduduk-penduduk dan jika melihat kepada jumlah aduan keseluruhan yang diterima Suhakam, hampir 80 peratus melibatkan pengambilan tanah.

Justeru, kami sebagai badan yang menjaga hak manusia perlu membuat perbincangan dan kalau boleh, biarlah kanun berkenaan dipinda sejajar dengan keadaan sekarang ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Suhakam negeri 23 April lalu.

Tiada ulasan: