HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 April 2010

Saman RM218 juta ke atas Umno, Elegant gagal lagi

MALAYSIA KINI



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno kerana didakwa gagal menjelaskan bayaran bekalan barangan dan perkhidmatan semasa pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather ketika membatalkan saman Elegant Advisory bahawa tuntutan itu tidak mencukupi dan tidak jelas untuk menunjukkan kuasa tindakan.

Dua hakim lain adalah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie

Pada 10 September 2009, Anantham membatalkan saman Elegant Advisory selaku plaintif setelah mendapati tiada kontrak yang sah sama ada secara lisan mahupun bertulis dibuat antara syarikat itu dengan Umno.

Anantham juga memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000 kepada Umno selaku defendan dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh berkenaan.

Sehubungan itu, Mahkamah rayuan juga memerintahkan perayu membayar RM5,000 kepada Umno sebagai kos.

Umno diwakili oleh peguam Hafarizam Harun manakala Yusfarizal Yusoff dan Ahmad Termizi Abdullah pula mewakili Elegant Advisory.

Tiada ulasan: