HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2010

Rakaman Video dan Gambar Peristiwa Sepanjang PRK Hulu Selangor

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/IMG_5058.JPGKUALA TERENGGANU – Skuad Buletin Online, sebagaimana pilihanraya kecil lalu, turut membuat liputan sepanjang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Seperti mana media baru lain yang menjalankan tugas, kesukaran membuat laporan dalam PRK Hulu Selangor adalah lebih teruk daripada yang dialami di PRK Manek Urai.
(Gambar - Ketegangan berlaku antara 'Mat Rempit' Umno Sungai Tengi dengan hadirin yang sedang mendengar ucapan Menteri Besar Selangor semasa penutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Dataran Sungai Tengi, 24 April)

Dalam PRK Manek Urai, Kontinjen PAS Terengganu berkampung di Peti Undi Laloh, manakala di PRK Hulu Selangor, mereka berkampung di Peti Undi Sungai Tengi.

Walaupun kedua-dua peti undi tersebut terletak di luar lingkungan capaian jalur lebar, Laloh lebih baik kerana masih boleh mengakses internet berbanding Sungai Tengi yang tidak ada langsung, hatta dalam kelajuan rendah sekalipun.

Justeru, tidak banyak yang boleh dilaporkan sepanjang kempen di Sungai Tengi berbanding pilihanraya-pilihanraya kecil lalu.

Oleh yang demikian, semua rakaman video dan gambar yang tidak sempat disiarkan, dan hanya dapat di ‘upload’ setelah kembali ke Kuala Terengganu.

Tiada ulasan: