HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 April 2010

Laporan Bakun Tidak Boleh Siar?

Oleh Noor Safinas

KUALA LUMPUR : Kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya, seorang lagi penerbit televisyen daripada TV2 RTM mendakwa wujud campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya sehingga ia tidak dapat disiarkan dalam masa terdekat.

Rencana berkaitan laporan empangan Bakun itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou turut dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

Tiada ulasan: