Oleh Angkasanuri
Dato Zaid Ibrahim akan memfailkan saman di mahkamah kerana tindakan Utusan Malaysia yang berterusan menyiarkan pembohongan dan fitnah yang melangkui adab dan batas kemanusiaan seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu.
Apa yang menarik, Zaid cuma menyaman Utusan RM 1 seperti yang dilakukan kepada bekas orang kuat Utusan@Umno Datuk Kadir Jasin. Ini membuktikan tujuan Zaid bukan untuk mendapat pampasan bernilai ratusan atau jutaan ringgit daripada Utusan
Apakah nilai Utusan cuma RM 1? Kalau saya di pihak Zaid, bagi saya nilai RM 1 cukup besar dan bernilai daripada akhbar Utusan Malaysia atau Utusan Umno. Daripada pada nilai RM 1 untuk membeli akhbar Utusan Malaysia alangkah lebih baiknya saya beli makanan kucing terbuang. Ada juga faedah dan pahalanya.
Duit RM 1 akan jadi lebih bernilai kalau duit itu dimasukkan ke dalam tabung surau dan masjid atau disedekahkan kepada pengemis atau fakir miskin yang sangat memerlukan daripada membeli dan membaca akhbar yang hanya layak dijadikan tempat duduk sambil mendengar kuliah atau ceramah.
Walau bagaimanapun akhbar Utusan mesti terus dibenarkan untuk dijual dan disebarkan dengan meluas supaya generasi hari ini dan akan datang dapat menilai dan mengkaji tentang sejarah pemimpin Umno yang terus menjadi juara rasuah dan juara menipu rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan