Dalam kenyataan media seorang pemimpin yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat sebab dia keluar parti dan masuk Umno ialah Keadilan dikuasai oleh napoleon kecil yang mempunyai fahaman kiri, di mana ia tidak dapat diterima oleh orang Melayu dan Malaysia. Adakah Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim itu orang kiri? Syed Husin Ali, Tian Chua dan Sivarasa memang orang kiri. Begitu juga kemungkinan Latheefa Koya. Yalah mereka orang Parti Rakyat dahulu. Tentulah mereka kiri, walaupun kekirian mereka pula boleh dipersoalkan. Tetapi untuk menyatakan Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Azmin Ali orang kiri memang suatu lawak
Seperti orang Keadilan yang menubuhkan parti itu dari awal, iaitu pada tahun 1999 tahu, Keadilan diasaskan sebagai parti bukan kiri dengan merangkumi banyak fahaman. ABIM dan JIM pun ada. Tetapi malangnya apabila penggabungan berlaku antara Parti Rakyat Malaysia dengan Parti Keadilan Nasional, maka banyak kalangan yang dilihat sebagai ABIM dan JIM keluar. Antara mereka tidak bersetuju dengan kemauskan orang kiri PRM ke dalam Keadilan.Tetapi hakikatnya berapa kerat sangat orang kiri ada di Malaysia. PRM pun amat kecil. Itupun ada yang tidak mahu menyertai keadilan. Sanggup menghidupkan semula PRM. Sementara yang betul-betul kiri mempunyai parti sendiri, Parti Sosialis Malsyai (PSM). Dengan bilangan mereka itu, bagaimanalah mereka mahu menguasai Keadilan. Adakah kerana mereka berjaya mempengaruh Anwar
Alangkah baiknya dahulu golongan dari ABIM dan JIM terus berada di Keadilan dan menjadi pengimbang kepada golongan-golongan lain dalam parti itu. Tetapi perkara itu tidak berlaku kerana sebahagian daripasda mereka memilih untuk keluar, dan sudah tentu yang tinggal adalah golongan yang dianggap sebagai kiri.
Tentu ada pertimbangan jelas mengapa Anwar mahukan seupaya PRM bergabung dengan Keadilan yang di antaranya adalah kemungkinan Keadilan menjadi lemah kerana tiada kumpulan teras yang boleh mengukuhkan parti. Maka Anwar yang emmahami komitmen orang PRM melihat bahawa mereka akan menjadi pengikat dan peneruis kepada kelangsungan parti itu. Maka mereka inilah yang kini dituduh sebagai napoleon kecil, iaitu di samping orang yang rapat dengan Anwar seperti Azmin.
Tetapi apakah yang dimaksudakan dengan napoleon kecil? Atau firaun kecil seperti yang dikatakan oleh Zulkifli Nordin? Tentunya sebagai parti yang baru dengan bilangan ahli yang tiba-tiba membesar secara mendadak, maka untuk mengawal parti ini tidaklah boleh dibuat secara akar umbi dan merakyat. Ini kerana tentunya institusi dalam parti belum kuat. Lebih-lebih dengan ideology Keadilan yang longgar dan terbuka.
Keadaan ini dapat difahami jika seseorang membandingkan Keadilan dengan PAS dan DAP. Institusi dalam PAS sudah kuat dan tidak timbul soal napoleon atau firaun kecil. Cuma semasa dahulu, iaitu sebelum zaman kepimpinan ulama, PAS pernah dituduh dikuasai dan ditrentukan oleh Datuk Asri dan kawan-kawan rapatnya saja. Malah pernah diberi jolokan sebagai Parti Asri Sekeluarga (PAS). Tetapi apabila dilaksanakan gagasan kepimpinan ulama, maka institusi-institusi dalam parti dikuatkan dan tidak timbul ia dipimpin secara kumpulan kecil semata-mata.
Bagaimanapun, DAP pernah dituduh perkara yang sama. Parti itu dikatakan dikuasai atau didominasi oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta golongannya sendiri yang terdiri daripada tokoh-tokoh tertentu seperti Karpal Singh. Bagaimanapun, begitulah bentuk keadaan semula jadi sebuah parti politik. Maka kelihatannya Keadilan juga mengalami perjalanan yang serupa.
Akhirnya apa yang dapat dilihat betapa banyaknya pemimpin serta orang yang meninggalkan parti itu. Tetapi pada mwaktu yang sama masih ramai yang terus berada dan aktif dalam parti itu. Kalau katakanlah hampir semua ahli Keadilan emninggalkan parti itu, seperti yang dijangka oleh Anwar, Keadilan tidak akan terkubur atau terbubar seperti Parti Melayu Semangat 46 dahulu. Sebaliknya KLeadilan akan terus wujud seperti mana Parti Rakyat Malaysia dahulu, walaupun kecil tetapi terus hidup.
Sebab itulah apa yang dituduh sebagai napoleon atau firaun kecil adalah sebenarnya mereka yang komited terhadap Keadilan. Mengapa PAS dan DAP terus hidup walaupun ia dirundung masalah dan cabaran dari tahun ke tahun, adalah kerana adanya segolongan orang kiri inilah.
Siapakah yang dikatakan orang kiri? Banyak tafsiran dan takrifan terhadap apa yang disebut sebagai kiri. Tetapi umumnya kiri adalah cenderong kepada kesemarataan di kalangan rakyatr. Sementara kanan adalah bersifat konservatif, tradisi dan hierarki. Kedua-duanya tidak salah. Ada orang cenderong pada kiri, sementara yang lain sebelah kanan. Yang penting adlaah keseimbangan, iaitu apa yang disebut sebagai tengah. Maka dalam politik, ada masa rakyat akan memilih tengah kiri. Sementara pada waktu lain, rakyat memilih tengah kanan.
Hendak dikatakan bahawa orang Melayu dan Malaysia menolak pemikiran kiri adalah tidak betul. PAS pernah dipimpin oleh ketua kiri iaitu Burhanuddin Al-Helmy yang pernah memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti pertama Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan. Antaranya pemimpinnya ialah Ghafar Baba dan Aishah Ghani. Mereka boleh dianggap sebagai kiri tetapi menyertai Umno.
Dalam zaman Tun Razak, terdapat beberapa tokoh kiri dalam Umno seperti Samad ismail dan Abdullah Majid adalah golongan kiri. Tetapi pada zaman Hussein Onn, di bawah tekanan daripada Jaafar Albar dan Ghazalui Shafie, sayap kiri Umno ditekan. Tetapi masa Dr Mahathir Mohamad, Kassim Ahmad yang terkenal kiri menyertai Umno.
PAS juga memperoleh manfaat daripada kemasukan orang kiri apabila bekas pemimpin PRM seperti Hussein Yaakob dan Ishak Surin menyertai parti itu. Mereka keluar PRM ketika itu Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dipimpin oleh Kassim Ahmad. Mereka ikut Ahmad Boestamam yang menubuhkan Parti Marhaen. Parti itu kemudian digabungkan ke dalam Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Setelahj pembubarannya, orang kiri itu menyertai PAS. Siapa kata orang Melayu dan Malaysia menolak pemikiran kiri?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan