HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2010

Ketua Polis Perlu Perjelas Remaja Ditembak

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Ketua Polis Selangor mungkin akan dipanggil bagi memberi penjelasan penuh kepada barisan Exco Selangor dalam tempoh dua minggu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim yang akan membawa isu itu ke mesyuarat Exco memandang berat isu tersebut dan mahu mengetahui perkara sebenarnya.

Beliau berkata tindakan segera perlu diambil bagi menghilangkan ketakutan masyarakat awam yang gempar dengan insiden luar biasa itu.

"Saya fikir ada baiknya Exco esok mengadakan mesyuarat dan memanggil Ketua Polis Selangor dalam dua minggu lagi untuk berbincang bagi mengelakkan perasaan takut di kalangan rakyat berikutan tindakan polis itu," katanya beliau pada sidang media selepas menghadiri perasmian Pusat Persidangan Shah Alam (SACC) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam kejadian itu, Aminulrashid Amzah yang bakal menduduk PMR tahun ini ditembak mati anggota peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR tahun ini dikatakan memandu Proton Iswara sebelum ditembak.

Pihak Polis dalam pada itu mendakwa, Allahyarham disyaki sebahagian daripada kumpulan penjenayah.

Tiada ulasan: