Harakahdaily |
SHAH ALAM: “Allahyarham (Aminulrasyid) memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis,” ujar Mohd Haikal Che Harun, 15, rakan karib Aminulrasyid. TV Selangor melaporkan suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah (gambar) yang diziarahi tiga rakan karib mangsa dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 di sini, petang semalam. Mereka termasuk Mohd Haikal duduk secara berkumpulan di sisi kubur allahyarham dan berdoa supaya kejadian yang menimpa mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. “Saya tak tau nak cakap apa. Dekat sekolah memang rapat dengan dia. Lepas itu dia pergi kejap sebab dulu dia cakap nak belajar sama-sama, nak duduk sama-sama, pergi mana-mana sama-sama, saya sedih bila polis buat macam ni,” katanya. Zaid marah dan kesal dengan laporan media arus perdana yang sewenang-wenang melabel allahyarham sebagai penjenayah biarpun Aminulrasyid baru berusia 15 tahun dan masih belajar. “Saya geram dengan berita budak 15 tahun menyamun. Saya tengok berita TV3, Bernama, Astro Awani cakap jumpa parang. Kita orang sedih dan kecewa dengar berita macam itu, tak bolehlah macam tu. "Kenapa budak ditembak macam itu,” katanya sayu. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 29 April 2010
Saya terduduk, terus menangis – rakan Aminulrasyid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan