Oleh ramziredang "Semasa kempen di Rasa,Hulu Selangor, Najib mengumumkan bantuan RM3juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Rasa jika BN menang. Namun begitu pengundi Cina tetap memilih PKR. Mereka sedikitpun tidak mempedulikan pengumuman perdana menteri. Begitu juga halnya dengan pengundi Cina di Kuala Kubu Baru, Hulu Yam, Kalumpang, Serendah dan kawasan kawasan pengundi Cina yang lain. Semua statistik menunjukkan BN sudah tidak berjaya lagi menawan hati pengundi Cina, malah boleh dikatakan mereka ditolak secara total, jika rentetan pilihanraya Bukit Gantang dan Hulu Selangor digunapakai. Bagi BN ini tentunya menghairankan mereka, tetapi tidak bagi PR. Kesimpulan pertama yang dapat dirumuskan ialah, PR telah muncul sebagai pemerintah alternatif yang dinanti nantikan oleh rakyat selama ini. Dengan jelas dan nyata BN memang tidak pernah belajar dari kesilapan. Sindrom politik 'gula gula', 'umpan', 'menabur janji' dan 'cucuk hidung' masih membelenggu fikiran sebahagian besar pemimpin BN. Mereka masih membawa isu pembangunan, bantuan kewangan dan projek 'mee segera' sebagai membuktikan keikhlasan mereka memerintah. Mereka sendiri masih dibuai mimpi, seolah olah masyarakat pengundi masih lagi berfikiran seperti tahun tahun 60an. Mereka telah lupa bahawa sekarang adalah zaman di mana berpuluh ribu keputusan PMR mendapat pangkat lebih dari 5A. Yang dapat mereka tipu hanyalah saki baki masyarakat yang berada di ceruk kampung. Golongan tua yang masih tinggal tidak berapa kerat dan pengundi yang tidak berpelajaran tinggi. Juga golongan miskin yang diberi bantuan tidak seberapa. Pengundi bandar yang tidak bergantung dengan kerajaan dan kawasan yang penuh dengan orang berpelajaran, sudah tidak mampu lagi ditawan oleh BN. BN masih lagi mengugut rakyat dengan isu pembangunan. Jika pembangunan yang menjadi isu, PRU12 Pakatan Rakyat tidak akan menang di Selangor, Pulau Pinang dan Perak(yang di rampas oleh BN), yang jelas penuh dengan pembangunan. Jika pembangunan yang menjadi isu, PAS tidak akan memerintah Kelantan selama 20tahun dan berjaya menawan Kedah, yang jelas miskin dan serba kekurangan. BN tidak berjaya melihat isu keperihatinan rakyat secara ikhlas dan menyeluruh. Mereka tidak melihatnya secara nasional. Jangankan untuk melihat dasar pemerintahan BN secara menyeluruh 1Malaysia, melihat cara JKKK perintah kampungpun sudah pincang. Pemimpin BN terlalu bengap untuk merasa bahawa merekalah yang telah merosakkan 'teras utama'yang melambangkan keunggulan sesebuah negara. Berbagai masalah demi masalah melanda negara dalam berbagai sudut: Ekonomi. Pembaziran dan ketirisan dalam mengendalikan harta negara telah menjerumuskan negara ke lembah kemerosotan ekonomi. Harta negara ditadbir dengan cara yang salah. Malah rezab negara pun semakin berkurangan. Duit penyimpan institusi utama yang dianggap selamat tidak lagi selamat. Contohnya duit simpanan KWSP dan tabung haji dilaburkan ke arah yang berisiko. Saham saham utama jaminan kerajaan seperti ASB atau ASN tidak mampu memberi pulangan besar kepada pelabur. Kenaikan harga barang dan menguruskan keperluan rakyat dilakukan secara sambil lewa. Malah masalah remeh yang berulang ulang berlaku seperti kekurangan gula atau bekalan ayam ketika musim tertentu hanyalah menggambarkan bahawa kerajaan BN boleh diperbodohkan oleh syarikat besar. Kesempitan hidup rakyat dengan kenaikan minyak dan segala perbelanjaan kos hidup yang mahal, hanya diberi alasan 'lebih murah dari negara jiran' oleh kerajaan BN. Pemimpin atasan bebas mengikis harta negara dan mengumpul harta sedangkan statistik kemiskinan rakyat semakin bertambah. Kepincangan demi kepincangan dalam salah urus tadbir harta negara tidak cuba dipandang serius oleh BN. Skandal BMF, PERWAJA ataupun PKFZ, pasti tidak akan selesai sampai bila bilapun. Inilah contoh indikator utama tahap kecekapan BN selama lebih 52 tahun memerintah Malaysia. Sosial. Berbagai gejala negatif melanda negara. Masalah ragut, dera, penagihan dadah, samun, rogol, zina, buang anak dan berbagai masalah sosial tidak ditangani secara sistematik dan tidak bersungguh sungguh. Malah pemimpin atasan BN sendiri serasi dengan perangai yang buruk seperti judi, arak, kronisme dan rasuah. Integiriti Badan Bebas. Badan bebas seperti polis, pencegah rasuah, suruhanjaya pilihanraya dan badan badan lain seperti badan kehakiman, yang sepatutnya dilihat bebas, sudah tidak dilihat bebas lagi di mata rakyat. Mereka sudah tidak mampu membina keyakinan di hati rakyat yang mereka bukan menjadi agen agen BN. Pukat mereka terlalu rapuh untuk menangkap 'ikan besar'. Lantaran itu tidak ada satu namapun yang boleh diumumkan bahawa mereka telah berjaya menghukum ikan besar. Yang terpampang di media hanyalah ikan bilis. Yang jelas dan nyata sekarang, rakyat telah mula sedar bahawa pemimpin BN hanya memperbodohkan rakyat selama 52 tahun. Namun sekarang, satu golongan demi satu golonan rakyat sudah semakin tersedar tentang penipuan BN. Pilihanraya umum ke 13 akan tiba dalam beberapa tahun lagi. Sudah sepatutnya para pemimpin BN mula membuat persediaan dari sekarang. Membuat persediaan dari segi emosi dan mental. Bersedialah untuk menjadi pembangkang di dalam parlimen. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 29 April 2010
Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor: Satu Renungan Untuk Najib Dan BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan