Ismail Hashim |
(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh) Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas lari dengan kereta keluarganya. Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke atas anggotanya yang terlibat. Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis, pagi kelmarin.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata. "Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 28 April 2010
Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan