HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2010

“Saya tidak tahu titah Sultan”

SINAR HARIAN ONLINE


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui bahawa beliau tidak mengetahui titah Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah mengenai larangan mengguna institusi masjid untuk tujuan politik sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut di Hulu Selangor Jumaat lalu.

Menurutnya, kenyataannya yang membenarkan penggunaan masjid untuk tujuan politik dijawab mengikut soalan yang diajukan wartawan dan ia tidak berkaitan dengan titah yang dibuat oleh Sultan Sharifuddin.

Dalam masa yang sama katanya, beliau dukacita dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat tuduhan bahawa beliau melanggar titah yang dibuat oleh baginda.

“Saya nak jawab kepada beliau (Najib) dan masyarakat, saya langsung tidak terfikir nak langgar titah (Sultan), seorang wartawan tanya saya bagaimana politik dalam masjid, langsung tidak ada sebut titah Sultan,” katanya ditemui di di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri berkata bahawa Nik Aziz telah melakukan pengingkaran yang serius apabila mempertikaikan titah Sultan Sharifuddin supaya tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik.

Ia susulan kenyataan yang dibuat Nik Aziz Jumaat lalu yang menyifatkan larangan penggunaan masjid untuk tujuan politik adalah satu ajaran karut yang ditinggalkan penjajah Inggeris dan digunakan oleh Muslim pada hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju sekiranya hal berkaitan parti disebut dalam masjid tetapi tidak salah untuk mengajar politik yang menurutnya turut digunakan oleh Nabi Muhammad SAW.

“UMNO parti yang memusnahkan ajaran akidah agama Islam, faham politik lain agama lain, siapa yang ajar, Nabi Muhammad SAW menjadi ahli agama, ahli politik, imam, panglima perang serta menteri kewangan, segala portfolio terlibat. Jadi bagaimana nak asingkan politik dan agama.

“Saya menjadi Menteri Besar berpuluh tahun, sangat tahu cara untuk menghormati institusi beraja, yang peliknya dia (UMNO) bagi subsidi di atas masjid, lebih teruk lagi, ini masalahnya,”katanya.

Tiada ulasan: