HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 April 2010

RM10,000 Untuk Keluarga Mangsa, Exco Atur Pertemuan Dengan Polis

TV SELANGOR


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan bantuan kepada keluarga remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11 Shah Alam.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi serta Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri komited untuk membantu beban keluarga mangsa.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Seluruh EXCO kerajaan Selangor sepakat memberi sumbangan RM10,000 ke atas keluarga mangsa,

“Kita dapati insiden ini perlu satu tindakan yang telus melibatkan pihak tertentu supaya isu ini tidk jadi tanda tanya pada masyarakat seterusnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Rodziah berkata kerajaan negeri juga sedang mengatur pertemuan dengan pimpinan polis negeri bagi mendapat penjelasan penuh mengenai tragedi ini.

“Pimpinan kerajaan Selangor akan berjumpa dengan ketua polis negeri untuk mendapat tahu tentang apakah perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut,” kata beliau lagi.

Tiada ulasan: