HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Julai 2010

KASINO TIDAK SESUAI DI SABAH

SABAH KINI

KETUA Cawangan DAP Beaufort, Mohd Jamil Bin Jakaria ingin mengulas saranan aktivis politik Taufick Ruschi yang mencadangkan “Kosino lebih sesuai di Pulau Gaya”.

Tetapi sebelum ulasan ini dijelaskan, izinkan saya membetulkan fakta status Taufick. Sebenarnya beliau adalah mantan colon bebas Kawasan Dun Klias pada PRU-12(2008), tetapi bukan mantan calon MP Beaufort seperti yang tertulis dalam artikel terbitan Harian Ekxpress pada 29 Jun, 2010.

Pada pandangan saya, walau di manapun lokasinya pusat-pusat perjudian atau hiburan diletakkan, ianya tetap akan menimbulkan impak yang negatif terhadap masyarakat umum.

Pada dasarnya memang menguntungkan proses ekonomi pihak-pihak tertentu tetapi pada hakikatnya adalah kerugian dan kemusnahan besar dari sudut ekonomi dan sosial bagi golongan majoriti masyarakat tidak mengira taraf kehidupannya.

Pusat Kasino di Genting Highland adalah satu-satunya gedung perjudian dalam Malaysia yang bertaraf antarabangsa dan sudah sememangnya pusat seperti ini hanya mampu dilanggani oleh golongan-golongan elit sahaja. Di Sabah jika wujud pusat-pusat hiburan dan perjudian yang berjenama ‘KASINO’ maka soalan akan timbul siapakah pula golongan elit yang akan melanggan urusniaga bisnes gergasi seperti ini?

Sejak kebelakangan ini rakyat telah diajak berbincang tentang isu-isu perjudian sama ada berstatus ‘legal’ ataupun haram. Ada di kalangan pemimpin parti politik terlalu ghairah untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti perjudian di negeri ini tanpa memikirkan kesannya terhadap kehidupan masyarkat.

Tetapi dalam masa yang sama pihak Kerajaan tidak mengizinkan kehendak individu-individu berkenaan. Dari sudut politik nampaknya kerajaan sedang dihimpit dilema sama ada ingin melayan kemahuan pemimpin yang berhasrat untuk menjana ekonominya melalui aktiviti perjudian atau pun kekal bertegas untuk tidak menghalalkan kegiatan judi di negara ini.

Antara sedar atau tidak sebenarnya Kerajaan telah mendapat faedah dari bisnes bentuk ini melalui kutipan cukai perkhidmatan Kerajaan atuau dipanggil sebagai Government Service Tax (GST) sebanyak 15% melalui pertaruhan nombor ramalan oleh syarikat-syarikat berlesen

Dalam bicara Taufick juga ada mengaitkan isu pendatang tanpa izin (PTI) di Pulau Gaya, nampaknya ada sedikit kekeliruan dalam tulisan ini mengatakan bahawa jika kasino ditempatkan di Pulau ini akan dapat mengatasi masalah PTI.

Tetapi harus diketahui bahawa kehadiran PTI di Sabah bukan hanya di Pulau Gaya. Penulis kira seluruh rakyat Sabah bersetuju akan kenyataan bahawa tidak ada lagi kawasan kampuong atau mukim dalam negeri ini yang tidak pernah didiami oleh golongan PTI, malahan negeri Sabah telah diperintah oleh Kerajaan BN hingga hari ini, namun masalah PTI tidak akan selesai.

Kesimpulannya di sini, adalah wajar bagi Kerajaan untuk mengkaji semula sebarang bentuk kegiatan judi di Negara ini termasuklah ‘aktiviti black market’. Soalannya di sini, adakah Kerajaan akan kerugian dari sudut ekonomi jika urusniaga bentuk perjudian tidak termasuk dalam agenda pembangunan ekonomi negara?

15 ulasan:

tombolo berkata...

pembinaan kasino tak perlulah dibuat di Sabah, ia hnya memberi kesan negetif terhadap penduduk tempatan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

byk lagi benda lain boleh dibina di Sabah selain Kasino. tak perlulah nak membina kasino.

Kurt berkata...

Jelas sekali bahawa pembinaan kasino ini hanya akan memberi banyak impak negatif terhadap penduduk tempatan. Pada pendapat saya, perjudian tidak akan menjanakan keuntungan yang selama-lamanya dlm pembangunan ekonomi negara.

Hamdan Hadillah berkata...

ini tidak perlu untuk sabah..banyak lagi boleh dibangunkan daripada kasino. kerajaan haruslah bijak untuk membuat keputusan.

Sanih Alias berkata...

Kasino...memangtidak sesuailah kalau mahu dibangunkan di sabah..biar sabah menjadi tempat pelancongan dengan keindahan alam persekitaran dan bukan perjudiaan.

Tanpa Nama berkata...

apa2pun diharapkan kerajaan akan membuat pertimbangan sebaik2nya dengan mengambilkira pendapat majoriti sebelum memutuskan perkara ini.. Sabah masih mempunyai banyak pilihan lain selain dari pembinaan kasino.. mereka yang mencadangkan usul ini sepatutnya telah sedia maklum bagaimana penerimaan rakyat terhadap industri perjudian ini dengan melihat kepada tentangan rakyat terhadap judi bola.

Boten_Trish berkata...

Casino is really not suitable or needed in Sabah. Full stop and enough said.

Hamdan Hadillah berkata...

Memang tidak sesaui langsung untuk sabah. percayalah..

POP berkata...

all will not be a benefit to Sabahans when it comes to gambling.

jack berkata...

kasino tidak sesuai di sabah..judi tidak akan membawa sebarang kebaikan kpd rakyat cuma membawa kebaikan kepada golongan tertentu......

jack berkata...

diharap kerajaan tidak akan lagi meluluskan mana2 permohonan lesen judi untuk beroperasi...harus mengutamakan masalah rakyat seperti kemiskinan dan lain2..

Tanpa Nama berkata...

Sesuai atau tak, saya yakin kerajaan pasti akan kaji hal ni sedalam mungkin sebelum membuat keputusan :)

langsat berkata...

saya setuju bahawa kasino tidak sesuai didirikan di mana-mana kawasan di sabah. adalah tidak logik mengatakan pembangunan kasino di pulau gaya dapat menyelesaikan masalah pati.

langsat berkata...

pembangunan kasino di pulau gaya tidak akan dapat menyelesaikan kebanjiran warga pti ke sabah. hakikat yang kita tidak boleh nafikan ialah kalau ramai warga pti datang ke pulau gaya...maka sudah pati, tiada akan ada pelawat asing dan tempatan akan berkunjung kesana kerana bimbangkan keselamatan mereka.

langsat berkata...

judi 'black market' wujud di mana-mana kawasan di Sabah..cuma saya lihat belum ada pemantauan sahaja