HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Julai 2010

Laksana gaji minima segera – kata para pekerja


workers1 Oleh Staf FMT


KUALA LUMPUR: Rangkaian Warga Negara Tertindas (Jerit) dan gabungan pekerja kilang dan kesatuan sekerja hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia mendesak dilaksanakan Akta Gaji Minima.

Mereka juga mendesak supaya kerajaan memansuhkan pindaan-pindaan ke atas ketiga-tiga Akta melibatkan para pekerja.

"Kami memang serius…..kami mahu kerajaan melaksanakan Akta Gaji Minima dengan segera dan memansuh pindaan-pindaan ke atas Akta Para Pekerja, Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Hubungan Industri 2010," kata Penyelaras Jerit K Simon.

Beliau berkata pindaan-pindaan kepada ketiga-tiga Akta itu, yang bermula sejak 2007 dan diluluskan pada penghujung tahun tersebut dan kini dipinda semula pada tahun ini.

"Implikasi pindaan-pindaan itu terhadap para pekerja ialah para pekerja tidak boleh mendakwa para majikan ke mahkamah kecuali ketika menuntut pampasan berdasarkan kes tertentu, sehingga maksimum dua tahun.

"Ini tidak adil. Sudahlah Akta Gaji Minima tidak dilaksana, sekarang ini mereka mahu meminda peraturan-peraturan melibatkan para pekerja, kesatuan sekerja dan hubungan industri.

"Kami tidak bersetuju atau menerima alasan-alasan mereka kerana setiap kali pindaan dibuat, ia hanya semata-mata memihak kepada kepentingan majikan atau pelabur," kata Simon.

Perhimpunan secara aman

Kira-kira 50 pekerja dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengadakan perhimpunan secara aman di luar pejabat Kementerian Sumber Manusia pagi tadi, manakala 25 ahli yang lain, merupakan sebahagian dari delegasi yang menemui Menteri Dr S Subramaniam.

Mereka membawa sepanduk tertera perkataan "Hidup Para Pekerja," Hidup Perjuangan," dan "Hidup Rakyat," sebagai menyuarakan bantahan sambil dikawal oleh pihak polis.

Simon berkata Jerit diberitahu oleh Menteri berkenaan bahawa Kementerian telah melancarkan sebuah lawan blog untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat Malaysia mengenai Akta Gaji Minima.

"Persoalannya bagaimana ramai pekerja di Malaysia mempunyai komputer atau akses kepada komputer?

"Menteri terkejut dan marah apabila diberitahu hanya 77 responden menjawab kaji selidik yang dijalankan," kata Simon.

Menurut beliau, Jerit telah mengendalikan kaji selidik secara rambang melibatkan 1,000 pekerja di lima buah negeri – Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor – meminta pandangan mereka mengenai gaji minima.

Beliau berkata statistik menunjukkan 66% yang ditemubual memperolehi pendapatan di antara RM350 hingga RM650 sebulan.

"Ini menunjukkan majoriti pekerja Malaysia hidup di bawah paras Akta Gaji Minima yang mereka perjuangkan…..malahan sesetengah daripada mereka memperolehi pendapatan jauh di bawah paras kemiskinan," kata Simon.

14 ulasan:

tombolo berkata...

pelaksanaan gaji minima masih lagi dalam kajian, bagaimanapun, KSM perlu melaksanakan gaji minima dgn segera kerana semakin ramai pekerja yang terbeban dgn kos hidup yang tinggi pada masa kini.

Tanpa Nama berkata...

telah lama pekerja meperjuagkan agar gaji minimum dilaksanankan, KSM perlu melaksanakan gaji minimum dgn segera. ini perlu bagi meringankan beban pekerja terutamanya yang berpendapatan rendah.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

harap gaji minimum akan dilaksanakan dgn segera!

Tanpa Nama berkata...

Kalau negara yang lebih miskin seperti Sri Lanka, Pakisatan, Bangladesh dan Vietnam boleh ada Gaji Minima, kenapa tidak Malaysia yang lebih maju dan membangun daripada mereka.. cadangan ini wajar dilaksanakan memandangkan kos hidup yang semakin meningkat, lebih2 lagi jika pemotongan subsidi dan GST bakal dikuatkuasakan. Dalam keadaan ini adalah penting untuk mengubal Akta Gaji Minima supaya rakyat terutamanya pekerja yang berpendapatan rendah dapat menghadapi kenaikan harga dan menjalankan kehidupan harian seperti biasa.

Tanpa Nama berkata...

saya harap kerajaan akan melaksanakan akta ini dengan segera dan menganggap tindakan Jerit merupakan respon keseluruhan rakyat Malaysia. saya yakin rakyat akan menyambut baik pelaksanaan akta ini kerana ianya merupakan langkah kehadapan.

Sanih Alias berkata...

harap semua pihak bersabar dalam kes ini. bagi masa untuk kerajaan memberikan keputusan berhubung gaji minima ini. harap kerajaan akan memberikan keputusan secepat yang mungkin.

Unknown berkata...

gaji minima ini haruslah dilaksanakan secepat yang mungkin untuk membantu rakyat. kerajaan haruslah bijak untuk memberikan keputusan tentang hal ini.

POP berkata...

The government should do the right thing and give all the best to the citizens. Now people wants their rights back.

Jason berkata...

Gaji minima haruslah dilaksanakan segera kerana byk pekerja berpendapatan rendah. Kesian juga mereka yang terpaksa ikat perut.

Logop berkata...

With the increase of living cost, government should consider to implement the minimum wages policy In my opinion, with the minimum wages policy being implemented, it could help to achieve the 10MP objective.

jsiput berkata...

I trust the government will do the right thing.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya mahu gaji minima dilaksanakan segera, namun saya tetap berharap agar kerajaan kaji hal ni sebaik mungkin. So saya harap rakyat janganlah terlalu mendesak ya.. Saya yakin kerajaan pasti buat keputusan yg terbaik.

Unknown berkata...

Let's just hope the Govt will do exactly what the workers want.