KUALA LANGAT– Seramai 50 wakil media siang tadi dibawa melawat ke tapak lombong pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) di Tanjung 12, Kampung Olak Lempit dekat sini.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan gambaran sebenar kepada pihak media mengenai aktiviti perlombongan pasir KSSB di Kuala Langat yang menjadi kontroversi media arus perdana sejak kebelakangan ini.
Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abdul Majed berkata sebelum ini akhbar tempatan melaporkan kegiatan pengeluaran pasir KSSB yang tidak terkawal menyebabkan kawasan persekitaran taman rekreasi Paya Indah Wetlands terjejas teruk mengakibatkan beberapa tasik berhampiran tercemar.
Terdahalu laporan tidak bertanggungjawab terbabit mendapat reaksi positif Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang tidak lagi berminat mempromosikan taman rekreasi terbabit kerana tiada daya tarikan semulajadi ekoran ekosistemnya yang terjejas teruk.
Hadir sama pada taklimat dan rombongan bersama media itu, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie yang juga selaku Pembantu Exco Pengurusan Sumber Alam Selangor, Yaakob Sapari dan Pengerusi KSSB, Shukor Nagor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan