TV SELANGOR
Exco Selangor Iskandar Abdul Samad melahirkan sokongan kepada majlis kesyukuran Gerakan Rakyat Membantah Judi di Masjid Negara hari ini.
Majlis tersebut diadakan meraikan tekanan setiap lapisan masyarakat di negara ini yang berjaya menumpaskan usaha Kerajaan 1Malaysia memperkenalkan judi sukan halal di negara ini.
Iskandar berkata usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan setiap lapisan masyarakat yang setiap kaum dan budaya di negara ini, serta usaha Pakatan Rakyat mengharamkan lesen judi sukan di negeri-negeri yang ditadbir gagasan itu.
“Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat efektif sebab pada asalnya judi bola hendak dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan tetapi oleh kerana terdapat bantahan daripada Pakatan Rakyat dan negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang tidak memberi lesen premis dan akhirnya keajaan terpaksa akur tidak mahu meluluskan judi bola.
“Akhirnya Umno Johor pun tidak setuju juga tetapi yang sebenarnya mereka menukar fikiran adalah disebabkan oleh tekanan daripada Pakatan Rakyat,” katanya.
Isu lesen judi pertaruhan bola sepak ini timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia pada sesi parlimen lepas.
Pada 26 Jun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan kerajaan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik.
Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang selama tiga jam malam itu sebulat suara menyokong lesen pertaruhan itu tidak dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan