Oleh Syed Jaymal Zahiid dan Rahmah Ghazali
SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa ada ahli MCA yang menyokong DAP menyebabkan bekas menteri besar Selangor itu menggelarkan mereka sebagai "cauvinis Cina".
Dr Mohd Khir, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor berkata, dakwaannya itu terbukti benar apabila terdapat beberapa pemimpin MCA memuji pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini mempertahankan keputusan yang dibuat semasa persidangan DUN bulan lalu atas dasar mendemokrasikan sistem pentadbiran negeri serta periksa dan seimbang (check and balance).
Perkara yang dianggap sebagai keputusan "tidak ikhlas" Khalid tidak mendatangkan apa-apa tarikan bagi ADUN Sungai Panjang ini. Apa yang lebih mengejutkannya adalah apabila terdapat beberapa tindakan pemimpin MCA yang dianggapnya sebagai mengkhianati parti lain dalam komponen BN kerana menyokong polisi pihak lawan.
PAC Selangor terdiri daripada tujuh ahli; lima daripada adalah ADUN Pakatan dan dua daripada BN. Khir mendakwa komposisi itu hanya akan menjadikan ahli PAC BN sebagai pak turut walaupun pengerusinya adalah daripada BN sendiri.
"Sebab inilah kadangkala saya lihat beberapa pemimpin MCA Selangor yang menyokong DAP kerana mereka ini cauvinis," katanya.
Khalid boneka DAP?
DAP telah lama menjadi sasaran Dr Mohd Khir dan penyokongnya terhadap perti yang didominasi oleh masyarakat Cina itu sebagai politik perkauman. Baginya, tindakan MCA yang menunjukkan sokongan terhadap DAP mengukuhkan elemen semangat perkauman.
Dr Mohd Khir menggunakan strategi perkauman ini untuk menyelar kerajaan negeri dengan mengatakan Khalid sebagai boneka kepada DAP, dengan andaian bahawa kekayaan negeri kini terletak di bawah kuasa masyarakat Cina.
"Jika pemimpin MCA menyokong DAP, mereka adalah cauvinis kerana DAP sendiri adalah parti cauvinis. Tidak siapa yang adpat menafikannya. Dalam perlembagaan parti, DAP tidak pernah menyentuh langsung tentang hak kaum Melayu, Islam dan masyarakat India sendiri.
"Walaupun parti itu sendiri dipelopori oleh orang India, ia akan kekal sebagai parti cauvinis Cina," katanya.
Dr Mohd Khir merupakan individu paling hadapan yang mengetuai serangan BN terhadap kerajaan pimpinan Khalid, dan selalu memainkan sentimen keMelayuan untuk meraih sokongan sekaligus berusaha untuk merampas kembali tampuk pemerintaham pada pilihanraya akan datang.
Peluang BN kekal 50-50
Dr Mohd Khir turut berkata peluang BN untuk merampas kembali Selangor hanya 50 peratus sahaja walaupun mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin tertinggi BN yang lain.
Beliau mengakui walaupun Umno memainkan politik bersifat perkauman kuat, ia masih tetap memerlukan sokongan bukan Melayu untuk menjadikan matlamatnya sebagai realiti.
"Untuk memenangi Selangor, anda tidak boleh terlalu bergantung kepada Melayu sahaja. Ini kerana Melayu mempunyai 50 sehingga 60 peratus dalam sesebuah kawasan Parlimen, yang lain bawah 50 peratus.
"Kami masih memerlukan sokongan undi Cina dan India. Kalau tak kita tak akan menang," katanya.
Walaupun permainan politik perkauman yang ditunjukkan Umno itu ketara, Dr Mohd Khir tetap menegaskan kaum bukan Melayu kini kembali menyokong BN dan menggesa BN agar mengubah corak politiknya.
"Kaum Melayu dan India kembali menyokong BN atas disebabkan beberapa faktor. Namun kaum Cina masih lagi enggan, Tapi mereka akan kembali jika BN sendiri mengubah landskap politiknya. Kita tidak boleh seperti dulu lagi. Kita mesti turun padang selalu dan meraih sokongan dari akar umbi lagi. Itu yang perdana menteri kita mahu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan