| BERNAMA | ||
| |
Ke
Bagi tempoh sama, tujuh kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari lima kepada enam negeri, turun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya.
Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.
Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
Dr Mohd Ismail berkata, walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan