Loji Twin Rivers di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Felda, dilihat dalam gambar fail sewaktu lawatan perdana menteri pada 2007.
“Saya melihat pihak pembangkang sengaja menimbulkan masalah ini untuk mengelirukan warga Felda dan tujuan utama mereka sebenarnya adalah untuk memancing undi.
“Mungkin mereka fikir dengan berbuat demikian mereka fikir ia cara terbaik untuk mendapatkan undi daripada peneroka,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas Forum Inovasi Felda di bangunan Felda di sini malam tadi.
Panel forum itu terdiri daripada Prof Barry Marshall, Prof Carmen Lawrence dan Prof Kadambot Siddiqe iaitu pensyarah dari Universiti Western Australia.
Mohd Yusof juga mendakwa tuduhan dibawa pembangkang telah membangkitkan kemarahan warga Felda sendiri.
“Mereka (warga Felda) kesal dengan tuduhan-tuduhan dibuat pembangkang, yang dilihat secara jelas ingin menjejaskan imej Felda.
“Saya tidak tahu mengapa pembangkang mahu buat demikian. Adakah kerana mereka mahu meruntuhkan kubu kuat Barisan ini supaya boleh menang pilihan raya akan datang?
“Ingin saya tegaskan bahawa hanya warga Felda tahu sama ada kita sukses ataupun tidak kerana reaksi yang diberikan mereka boleh dianggap sebagai kayu pengukur yang adil untuk membuktikan Felda muflis atau tidak,” tegasnya.
Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Felda berada di ambang muflis.
Namun pentadbiran Najib menafikan bahawa Felda menghadapi krisis kewangan kerana aktiviti kewangan Felda telah meningkat sebanyak RM6.2 bilion daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009.
Beliau juga mengatakan bahawa pada Felda ini mempunyai aset bersih bernilai RM12.2 bilion dan pelaburan di seluruh dunia termasuk di negara-negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi.
Sehubungan itu Mohd Yusof, Felda sama sekali tidak terjejas dengan dakwaan-dakwaan kononnya lembaga tersebut mengalami kerugian yang besar.
“Pihak tersebut adalah mewakili kumpulan-kumpulan politik yang boleh runtuh bila-bila masa.
“Lagipun mereka tiada reputasi pernah terlibat dalam Felda, jadi bagaimana mereka hendak keluarkan kenyataan yang membina.
“Oleh kerana tidak tahu apa-apa, mereka hanya mencari kelemahan Felda sahaja sedangkan yang baik semua diketepikan,” katanya.
Tambah beliau, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana graf perkembangan menunjukkan operasi Felda meningkat.
“Perkembangan ini menunjukkan peningkatan kekuatan Felda bukan hanya dari segi operasi Felda yang semakin meluas di negara lain tetapi dari segi kekuatan kewangan juga meningkat.
“Jadi mereka yang tidak faham hanya melihat tentang tunai yang ada pada Felda sahaja, padahal tunai ini kita boleh dapat pada bila-bila masa sahaja.
“Selain itu, kalau kita nak tambah (tunai) pun boleh,” katanya.
Justeru Mohd Yusof berkata, jumlah tunai tersebut turut digunakan untuk membuat pelaburan yang memberikan pulangan kepada Felda.
“Pelaburan yang kita buat ini ada yang memberikan pulangan dalam masa cepat dan ada untuk jangka masa panjang.
“Jadi apabila saya sendiri melihat kepada peningkatan pulangan tahun ini ia semakin meningkat berbanding tahun lalu,” katanya.
Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.
Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811.140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan