WARKAH DIALYTuduhan melulu yang dilakukan oleh Pengerusi Biro Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek perlu diambil perhatian agar PAS tidak dipandang serong oleh rakyat.
Walaupun tuduhan sumbang itu menunjukkan kebodohan seorang menteri kabinet, namun sebagai memberi pengajaran kepada ‘budak-budak’ yang bertindak semberono dan akal cetek dalam membuat kenyataan yang mungkin boleh memberi persepsi tidak baik terhadap PAS, seharus Shabrey diberi pengajaran dalam bentuk undang-undang supaya pemimpin Umno tidak mudah membuat kenyataan melulu terhadap PAS selepas ini.
Tindakan itu juga perlu supaya para menteri kabinet selepas ini bertindak secara cerdik dan waras dalam mengeluarkan kenyataan.
Sebelum ini, Datuk Ahmad Shabrey Cheek yang juga Menteri Belia dan Sukan telah pun membuat tuduhan tidak berasas kononnya PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.
Sangat jelas, begitu dangkal seorang pemimpin bergelar menteri kabinet dalam membuat kenyataan tanpa ada bukti yang jelas. Bagi menteri yang pernah mengaku menang dalam perdebatan dengan Anwar Ibrahim sebelum ini walaupun bercakap macam budak sekolah menengah, mungkin beliau merasakan PASlah yang menaja pelajar-pelajar luar negara kerana apabila pelajar berkenaan pulang ke Malaysia, mereka tidak menyokong kerajaan, bahkan memberi sokongan kepada PAS.
Sebab sokong PAS, mereka dituduh telah ditaja oleh PAS.
Padahal Shabrey Cheek tidak mahu mengaku kelemahan Biro Umno Luar Negara yang bercakaran sesama sendiri kerana jawatan. Pelajar-pelajar luar negara ini bukan seperti pelajar dalam negara yang disekat akses mereka dalam mendapatkan berita dan perkembangan politik tanah air, bahkan pemikiran mereka ini lebih terbuka dan jelas dalam menentu hala tuju mereka.
Mereka ini tidak mudah disuap dan dibodohkan sewenang-wenangnya oleh Umno-BN dan tidak pula dapat disekat dengan akta-akta yang ketinggalan zaman seperti yang diterapkan di IPTA dan IPTS dalam negara.
Untuk mengelak kelemahan diri sendiri, pemimpin Umno semberono membuat tuduhan terhadap lawan mereka, padahal gaya pemikiran dan cara pembawakan Umno-BN yang sempit dan ketinggalan zaman yang menyebabkan Umno-BN dijauhi oleh masyarakat terpelajar.
Bagaimana pelajar mahu mendekati Umno-BN jika dalam Umno-BN hanyalah adanya perebutan yang tak kunjung habis.
Tidak kira di mana, Umno-BN berebut pangkat dan mengumpul khazanah negara bersama-sama kroni.
Tidak cukup dengan perangai pemimpin yang ‘pelahap’ dengan harta negara, kebanyakan pemimpin biro Umno luar negara juga turut sama.
Di Mesir, berlakunya perebutan jawatan sesama sendiri, mungkin kerana ada sedikit imbuhan atau kuasa yang boleh mereka gunakan untuk kepentingan peribadi mereka.
Baca di sini, pergaduhan kelab Umno di Mesir.
Usah kerana kebodohan dan kelemahan sendiri, orang lain pulak dipersalahkan. Zaman sekarang bukan lagi zaman orang percaya bulat-bulat apa yang disampaikan. Semua sudah mempunyai daya intelek yang bagus. Hanya beberapa kerat yang bersangkutan dengan Umno sahaja yang tidak mudah untuk mengerti akan penerimaan berita karut dengan benar.
Jika di negara-negara timur tengah yang mempunyai pelajar yang mengambil jurusan agama, sudah semestinya pelajaran yang mereka perolehi akan mendekatkan mereka dengan perjuangan PAS yang berlandaskan Islam. Jadi tidak pelik jika pelajar-pelajar berkenaan menjauhi Umno kerana dasar perjuangan Umno tidak bertepatan dengan Islam yang mereka pelajari.
Buat apa belajar jika tidak amalkan.
Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib bertindak menyelar dakwaan pemimpin Umno yang membuat tuduhan melulu yang disifatkan tidak menyanjungi Islam apabila sanggup membuat kenyataan tidak rasional berkaitan Islam dengan tuduhan liar dan berniat jahat dengan tujuan untuk membangkitkan sentimen kepartian di kalangan pelajar luar negara.
"Tuduhan ini seolah-olah membuktikan pemimpin Umno tidak matang kerana menjadikan pelajar sebagai bahan politik mereka.”
Beliau juga secara sinis menyifatkan PAS adalah sebuah parti yang kaya-raya sehingga mampu membiayai pelajar di luar negara dengan perbelanjaan puluhan juta ringgit.
“Sekiranya benar dakwaan tersebut, ia bererti PAS adalah sebuah parti yang kaya raya,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Baginya, adalah tidak menghairankan kerana di mana saja ada pengajian Islam, maka Umno akan membuat tuduhan yang serupa. Kemungkinan besar, ujarnya itu adalah kerana Umno sendiri tidak ada hubungan dengan Islam.
Dengan tuduhan tersebut, katanya ia mempamerkan wajah sebenar Umno apabila pemimpin mereka tidak mengagungkan Islam dan sanggup untuk memperkecilkan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan