HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Ogos 2010

Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak


BERNAMA


Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.
Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia. Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam. Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing. Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

15 ulasan:

mandau berkata...

rakyat indonesia ni benar2 tak ada disiplin, hal ini telah pun diselesaikan, mengapa mereka nak tunjuk perasaan lagi. perbuatan mereka ini benar2 menghina kedaulatan Negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

We have been very courteous to allowed the Indonesian citizen to come & work here, allowing them to have more salary comparing what they get when working in their own country...because of this incident, our embassy has been attack by these mob...what an ungrateful gesture!

zam berkata...

tindakan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan tersebut amat tidak wajar. tindakan tersebut hanyalah berdasarkan emosi semata-mata. sepatutnya mereka menghormati Malaysia sebagai negara jiran yang sering membantu mereka.

Unknown berkata...

I didn't expect they could be this ungrateful.

Unknown berkata...

Ain't they suppose to be working instead of wasting time demonstrating. I mean the reason why are they in Malaysia in the first place is to gain more income.

Mahsiran berkata...

apa perasaan mereka pula sekiranya kita yang buat begini? Betul-betul melampau. Banyak rakyat Indonesia di Malaysia tidak pernah pun dihalau. Malaysia tidak pernah buat jahat dengan mereka. Kenapa indonesia pula berfikiran seperti ni..

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap rkyat indonesia ni, hnya kerana perkara kecil sahaja nak membuat tunjuk perasaan dan menghina negera lain. mereka harus sedar bahwa Malaysia byk membantu mereka. hal ini dah pun selesai mereka masih juga nak wat kecoh, kami kat Malaysia pun tak pernah buat mcm tu.

Anak Sabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Sabah berkata...

Saya rasa kecewa kerana warga Indonesia berbuat demikian terhadap lambang negara kita serta berpendapat sebegitu mengenai rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

indonesia tangkap nelayan kita tiada pula kita bakar bendera dorang.. kalau begini kejamnya rakyat indonesia sehingga sanggup membakar bendera serta melemparkan najis, saya harap kerajaan Malaysia tidak duduk diam dan bertindak mengusir semua rakyat indonesia termasuk yang berkerja secara sah dengan serta merta.

Tanpa Nama berkata...

saya harap rakyat malaysia tidak melakukan perkara yang sama dengan rakyat Indonesia kerana tindakan seperti itu hanya membantu memberikan gambaran bahawa Indonesia adalah negera yang paling tidak aman dan tidak selamat untuk orang luar. malah semua negara tidak patut mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Indonesia.

Unknown berkata...

Indonesian is indeed ungrateful. No wonder the President couldn't control his/her people. They way out of hand.

azman berkata...

tindakan yang tidak rasional seperti ini tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah pun, sebaliknya hanya membawa keburukan. tindakan penunjuk perasaan itu amat tidak matang dan tidak rasional.

Paquin berkata...

Janganlah mana2 pihak terutamanya media perbesarkan hal ni. Dikhuatiri bukan penyelesaian yang ditemui tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku!

Paquin berkata...

Rakyat Malaysia pun bersabar lah ya. Saya yakin kerajaan Indonesia pasti akan menanggani hal ni dengan baik. Tambahan pula, hanya segelintir kecil ja yang buat rusuhan. So tak munasabah jugalah kalau kita salahkan seluruh rakyat Indonesia kan :P