HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Ogos 2010

MB: Selangor terus amal keluar surat sokongan, syor

Oleh Neville Spykerman

SHAH ALAM – Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Selangor boleh meneruskan amalan mengeluarkan surat sokongan dan surat syor meskipun ada pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar pendekatan itu digugurkan.

“Kita tidak boleh berhenti daripada berbuat demikian sebab ia dilakukan dengan niat yang baik,” kata Menteri Besar di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, surat sokongan daripada wakil-wakil rakyat bukan jaminan pembawa surat akan memperoleh kontrak kerajaan.

“Ada kes-kes di maan seorang ada menulis 10 surat sokongan tetapi tidak memperoleh apa-apa pun,” kata Khalid.

Kata Khalid, kontrak kerajaan diberikan berdasarkan merit dan keupayaan dengan menggunakan kriteria yang ketat.

Menteri Besar berkata amalan mengeluarkan surat sokongan politik dimulakan oleh Barisan Nasional (BN).

“Ia tanda kuasa yang dibawa oleh ADUN dan Ahli Parlimen masa itu,” katanya lagi.

Pentadbiran Khalid menjadi sasaran kritikan selepas salah seorang ahli majlis DAP di Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock didakwa mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat yang turut dimiliki anaknya sebagai rakan kongsi.

Jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee dari parti awal minggu ini.

Tiada ulasan: