HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 Ogos 2010

PAS perlu ajak Ridhuan Tee bermuzakarah atau berdebat isu ‘suka mengkafir’

WARKAH DAILY

Keberanian pensyarah agama Universiti Pertahanan Malaysia, Ridhuan Tee Abdullah (Gambar) memburukkan PAS perlu ditangani dengan cara ilmiah. Mungkin kefahaman Islam ahli akademik itu hanya sekitar kefahaman dalam ruang lingkup Umno sahaja dan tidak menyeluruh. Jadi perlulah pihak PAS mengadakan satu pertemuan mungkin dalam bentuk muzakarah atau debat antara agamawan dalam PAS dan Ridhuan Tee.

Mungkin hasil perbincangan atau debat itu boleh menyedarkan kembali tokoh Forum Perdana Ehwal Islam itu tentang Islam dan perjuangan PAS.

Ridhuan Tee dilihat semakin berani menunjukkan watak sebenarnya sebagai penyokong Umno apabila secara terangan memburukkan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam.


Beliau telah menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Beliau menulis, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

"Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

"Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," tulis Ridhuan dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'.

Secara jelas menunjukkan kefahaman Ridhuan terhadap perjuangan Islam seiring dengan apa yang difahami oleh pemimpin Umno.

Jadi seharusnya, PAS perlu mengubah persepsi tak betul yang ada pada fikiran Ridhuan Tee terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS kerana tulisan itu memberi satu tanggapan buruk orang ramai terhadap perjuangan PAS.

Tindakan Ridhuan itu juga menunjukkan sikap sebenar beliau terhadap perjuangan PAS dan menunjukkan tahap sebenar keilmuan beliau tentang Islam.

Laporan Malaysiakini, Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan Ridhuan Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri."

Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

“Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi,” katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

“Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi.

Tiada ulasan: