HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Ogos 2010

Presiden MCA tuduh PAS-Umno peralat Islam: Mana suara pemimpin Umno?

DETIK DAILY

PAS menyeru Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek supaya mempelajari dan memahami Islam daripada parti itu setelah Umno ternyata gagal memberikan kefahaman tentang Islam tokoh nombor satu MCA itu.

"Tidak dinafikan, Chua tidak faham Islam kerana dia bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenar. Tentu beliau keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno hingga berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau," tegasnya

Sementara itu, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar membidas sikap berdiam diri Umno terhadap kenyataan pedas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam malah menghina tindakan Umno bersaing dalam soal Islam dengan PAS.

"Ini satu tindakan yang bagi saya memperlihatkan Presiden MCA menipu Umno-BN. Sebelum ini bekas Presiden MCA, Tan Sri Ling Liong Sik menipu Perdana Menteri terdahulu dan anggota kabinetnya dalam isu PKFZ dengan nilai RM12 billion. Kali ini Presiden MCA yang baru pula menipu dan menghina Islam, apa Umno buat?" soal beliau ketika mengulas isu kenyataan Chua berhubung menggunakan Islam sebagai alat politik, 10 Ogos lalu.

Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat menifatkan, MCA sebenarnya tidak memahami Islam dan disebabkan itu mereka membuat telahan semberono dan Umno selaku parti sekutu dalam BN gagal memberi kefahaman sebenar berhubung Islam kepada MCA.

"Amat malang sekali bagi Umno mempunyai rakan komponen dalam BN yang menghina Islam terang-terang. Ini tandanya Umno gagal bentuk persepsi Islam dalam BN," katanya lagi.

Ditanya berhubung kenyataan Umno sebelum ini yang menggambarkan PAS tunduk kepada DAP dalam isu Islam, Kamarudin membidas dan menyatakan sebenarnya Umnolah yang gagal mengawal MCA dari menghina Islam.

"Tiada bukti yang jelas menunjukkan mereka (DAP) desak umat Islam tak payah sembahyang atau lakukan apa-apa ibadah, atau mereka menghina agama Islam, tetapi MCA kini terang-terangan menghina Islam, apa Umno buat?" soalnya lagi.

Ini jelas menunjukkan Umno ditipu oleh MCA yang duduk 'semeja' dengan mereka dalam Barisan Nasional, katanya. Kamarudin seterusnya menggesa rakyat melihat betapa Umno sebenarnya tidak mampu mempertahankan Islam hatta apabila dicuit oleh rakan dalam BN seperti MCA.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, kenyataan Soi Lek jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental 'Islamphobia' yang parah.

Tambah malang dakwa Ustaz Nasruddin Hassan, tokoh MCA itu membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.

Tegasnya, Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka.

Ustaz Nasruddin yakin kenyataan Soi Lek ini satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berani kerana benar. Jika PAS tidak peralat Islam, mengapa takutkan apa yang dicakapkan orang lain?

madd berkata...

tidak kira sesiapa pun hendaklah menghormati agama lain.

PAS juga jangan lah asyik mencari kesalahan UMNO sahaja. fokuskan tanggungjawab kepada rakyat.awan

Tanpa Nama berkata...

Agama Islam seharusnya menjadi sebagai panduan kepada kita dalam mengamalkan sistem politik berasaskan syariah. bagaimanapun kita tak seharusnya memutarbelitkan isu2 agama dalam politik, ia boleh mengelirukan rakyat.

Hamdan Hadillah berkata...

Presiden MCA tidak patut menghina agama orang. Inilah dunia politik, agama pun dihubungkaitkan dengan politik. PAS dan UMNO merupakan pemimpin untuk orang Islam. Jadi tidak salah untuk mereka memperjuangkannya.

Tanpa Nama berkata...

kita kena mennghormati agama lain. hal2 berkaitan agama tk harus ditimbulkan.

Sanih Alias berkata...

ini bukan memperalatkan atau apa pun. Sepatutnya MCA lebih faham tetnang politik. MCA perlu berfikiran lebih terbuka dalam masalah sebegini.

samm berkata...

kepada mana-mana parti politik pun, berhati-hatilah bila menyentuh isu berkaitan agama.