Beliau berkata Yayasan Amir, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah memilih 10 sekolah masing-masing lima di Johor dan Sarawak sebagai projek perintis bagi program itu.
Lima sekolah di Johor ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda (2), SK Kampung Layau, Kota Tinggi, Sekolah Jenis Kebangsaa (Tamil) Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Felda) Semenchu, Kota Tinggi dan SMK Gelang Patah, manakala lima sekolah di Sarawak ialah Sekolah Menengah Sains Kuching, SK Kg Empila, Samarahan, SK Combine, SK Tabuan dan SMK Bandar Kuching (2).
“Projek ini adalah di peringkat awal, dan bagi mempermudahkan urusan untuk memantau sekolah yang ada dalam satu negeri, jika di seluruh negara mungkin soal pemantauan dan untuk menentukan standard, kualiti pengajaran dan pengurusan itu akan lebih sukar.
“Jadi, sebab itu, di peringkat awal ini, dipilih dua buah negeri dulu (Johor dan Sarawak),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir, di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan