SERAMAI 540 keluarga di Kampung Rancangan Nangoh Beluran yang sebahagian daripada mereka benar-benar terpinggir dan terus disisihkan daripada mendapat bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan E-Kasih kerana dasr pilih kasih, sebahagiannya ibu tunggal dan balu; memerlukan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah miskin tegar yang dideritai mereka selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Rancangan Nangoh, Mohd Pimpin Hj Mangas ketika mendedahkan perkara ini kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan walaupun mereka sudah memohon berkali-kali melalui pejabat Daerah Beluran dan agensi berkaitan, tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita, bagaikan menunggu sebutir hujan di gurun nan tandus sejak bertahun lamanya.
“Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya,” kata Mohd Pimpin.
Selaku pengerusi JKKK Kg Rancangan Nangoh yang dimanahkan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung termasuk kebajikan para penduduk berkenaan, Mohd Pimpin mengharapkan sekiranya pihak berkenaan terbaca berita ini di Sabahkini.net harus mengambil tindakan drastik mengenai penyingkiran sebahagian keluarga yang tidak dapat walaupun satu sen daripada pihak kerajaan.
Tegas Mohd Pimpin lagi, pilihanraya umum Ke-13 semakin hampir tetapi para pegawai kerajaan dan dua ADUN serta Ahli Parlimen, nampaknya selamba sahaja tidak begitu menghiraukan permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.
“Sebagai pengerusi JKKK yang sering kali jadi sasaran dan mangsa keadaan kerana saban hari ada saja mereka jumpa kita minta itu dan ini. Tanya itu tanya ini, sedangkan saya bukan wakil rakyat, sekadar menerima elaun JKKK RM200 sebulan saja. Itupun hanya cukup untuk beli minyak motorsikal sahaja,” keluh Mohd Pimpin lagi yang menagih perhatian Ketua Menteri Sabah.
Dalam perkembangan berkaitan, Wartawan Sabahkini.Net berkesempatan menemui Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut merangkap Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki untuk meminta pandangannya mengenai kenyataan Pengerusi JKKK berhubung mengenai penyingkiran tersebut.
James berjanji akan membawa perkara ini kepengetahuan ADUN Labuk, Pejabat Daerah dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran agar perkara ini akan dapat diatasi segera untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak tersebut.
“Kita tidak mahu sekiranya perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi rumit dan isu kepada parti pembangkang yang sentiasa mencari apa saja kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya BN,” ujarnya.
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 11 Disember 2010
540 KELUARGA MISKIN TEGAR TERPINGGIR DI BELURAN
Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
35 ulasan:
harap pekara ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkaitan.
penduduk yang benar-benar layak untuk mendapat bantuan perlulah dibantu. ini bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa.
bantulah keluarga yang miskin tersebut.
Diharapkan pemohonan akan dipertimbangkan oleh pihak berkenaan.
Bagaimana pemimpin boleh meminggirkan penduduk jagaan sendiri??Perkara ini harus diambil perhatian. Mereka yang memberikan amanah kepada pemimpin tersebut memberikan undian. maka perlulah untuk membantu mereka.
Sifat pilih kasih seorang pemimpin harus dibuang.Bukan dia seorang saja yang mengundi pemimpin tapi ramai lagi. Jadi tunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Janganlah ada dasar pilih kasih. Sepatutnya bantuan ini sampai kepada rakyat yang memerlukan dan yang layak menerimanya.
Sekiranya ada pemimpin sebegini yang tidak begitu menunaikan tugas sebagai wakil rakyat, memang tidak layak dipilih lagi. Negeri Sabah yang sekarang mencari jalan untuk menyelesaikan masalah miskin tegar, tidak akan berjaya sekiranya ada pemimpin seperti yang dinyatakan dalam artikel ini.
Sebarang aduan rakyat perlu diambil perhatian sewajarnya. Sekurang-kurangnya ada penjelasan agar rakyat tidak perlu tertungu-tunggu.
Sikap pemimpin yang kurang ambil tahu akan permasalahan rakyat hanya akan menjejaskan perti sahaja.
“Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya,” kata Mohd Pimpin.
Apapun diharapkan perkara ini diberi pertimbangan untuk meluluskan permohonan mereka. Rakyat termiskin layak menerima bantuan daripada kerajaan.
Gunakan masa yang terluang ini dengan menunaikan permintaan rakyat. Apa yang paling penting kebajikan rakyat perlu dijaga.
Majlis Daerah beluran sepatutnya lebih sensitif dengan masalah rakyat di daerah berkenaan lebih2 lagi penduduk telahpun membuat aduan berkali2. tidak perlu menunggu pihak media melaporkan masalah rakyat baru terfikir mahu bertindak.
pucuk pimpinan perlu memandang serius masalah ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan baik.
Kadang2 mcm best juga oo ada media kan.. Boleh tolong paparkan penderitaan rakyat supaya diketahu oleh pihak2 bertanggungjawab. hehe
Saya pun baru tahu ada keadaan mcm ni berlaku di kawasan Beluran.. kesian..
Harap lepas ni pihak yang berkaitan akan tampil membantu menyelesaikan dilema penduduk.
Harap wakil rakyat akan menasihatkan pegawai mereka utk lebih teliti memantau keadaan rakyat... Janagn biarkan masalah dihidu oleh media dulu baru kelam kabut bertindak.
Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani segera.
inilah yang berlaku jika pemimpin tidak peka dengan isu2 tempatan di mana mereka wakili..
najib berkata '4 penyakit' di kalangan pemimpin harus dibuang untuk kepentingan rakyat..maka jika seseorang pemimpin itu benar2 ikhlas, isu terpinggir tidak akan berlaku..
mungkin perkara yang sama juga berlaku di daerah2 lain..wakil2 rakyat harus buat kerja mereka dengan betul..
diharap isu ini akan diselesaikan dan tidak berulang di masa hadapan..
Hal ini tidak harus dibiarkan begitu saja.
540?There's a lot.
Bagaimana pula boleh terpinggir? kenapa berlaku hal demikian. Hal ini harus disiasat dengan segera.
Pemantauan harus dijalankan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Where are you, assemblyman?
540 families are huge. I don't understand the E-kasih list after all.
Kemiskinan tidak pilih bangsa atau warna kulit.
Bantuan patut diberi dengan adil dan saksama.
Bantuan kewangan cuma mampu membantu buat sementara.
Buat jangka panjang, satu kaedah yang lebih sempurna harus dipertimmbangkan.
Pejabat Daerah Beluran kenalah lebih perihatin dengan mereka yang dalam kesusahan. Jika bantuan tidak dihulur kepada mereka, susah mereka.
Tidak patut sekiranya ada pihak yang sengaja mengabaikan golongan yang malang ini.
Bangunkan kawasan ini dan cipta peluang pekerjaan supaya mereka dapat keluar dari gengaman kemiskinan.
Bukan saja di Beluran, ramai lagi di daerah lain telah diabaikan.
Catat Ulasan