HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Disember 2010

91,000 Pelarian Berada di Malaysia



Kanak-kanak pelarian diberi waktu rehat secukupnya.

LEBIH 91,000 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Daripada jumlah itu, seramai 19,000 pelarian kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah tetapi jika diperhalusi kepada usia persekolahan, jumlahnya 13,900 orang.

Bagaimanapun Wakil UNHCR di Malaysia, Alan Vernon berkata, hanya 5,100 pelarian atau 30 peratus yang belajar di sekolah manakala 70 peratus lagi tidak bersekolah.

"Jumlah tidak bersekolah begitu besar maka beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap perkara ini dengan memberi peluang pendidikan kepada komuniti itu.

"Namun apa yang lebih membimbangkan kerana tidak banyak kemudahan pendidikan untuk golongan muda berumur 12 tahun ke atas," katanya kepada Mingguan mStar.

Alan berkata, kanak-kanak pelarian tidak bermasalah, namun sekiranya mereka tidak diberikan pendidikan pada usia muda maka akan memberi masalah kemudian hari.

"Mereka hanya menetap sementara di Malaysia dan akan diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal masing masing.

"Pendidikan awal membantu memberi persediaan kepada mereka apabila berada di negara terbabit serta memberi sumbangan kepada masyarakat," katanya.

Sehubungan itu katanya, masih banyak perkara perlu diperbaiki melibatkan tenaga pengajar, kemudahan pembelajaran dan paling penting adalah sumber kewangan. Walaupun masyarakat menyedari tentang kepentingan pendidikan namun tidak dinafikan segelintir ibu bapa pelarian enggan menghantar anak mereka ke sekolah.

Mereka bimbang anak-anak berkemungkinan ditahan oleh pihak berkuasa berikutan pelarian masih dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Maka tidak hairanlah banyak sekolah untuk pelarian beroperasi di rumah berbanding membangunkan kemudahan pendidikan lebih terancang," kata Alan.

Beliau berkata, kanak-kanak pelarian mempelajari bahasa tetapi apa yang penting sebagai permulaan dalam kehidupan mereka adalah kebolehan membaca dan menulis.

Sehubungan itu, UNHCR berharap agar lebih banyak penyertaan masyarakat tempatan memberikan sumbangan sama ada sukarelawan atau keperluan pendidikan.

Alan berkata, pada masa sama, UNHCR berusaha mencari jalan untuk bekerjasama rapat dengan NGO dan kerajaan bagi memperbaiki kualiti dan peluang pendidikan.

"Diharapkan dengan kesedaran dan keprihatinan semua pihak, ia dapat meningkatkan bilangan kanak-kanak pelarian yang belajar di sekolah.

"Kami perlu berusaha untuk mencapai matlamat itu kerana sudah ada perkembangan mengenainya namun perlu diperkasakan lagi untuk ke arah lebih baik," katanya.

Setakat ini, terdapat 67 sekolah komuniti untuk pelarian di seluruh negara di mana sebahagian besarnya diuruskan oleh sukarelawan pelarian sendiri.

UNHCR memberi sokongan kepada program pendidikan seperti latihan perguruan, peruntukan buku teks, geran sekolah, sumbangan dana dan khidmat sukarelawan.

Terdapat 322 sukarelawan berdaftar dengan UNHCR dan daripada jumlah itu seramai 163 orang ditempatkan di 40 sekolah komuniti untuk mengajar beberapa subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's good that they are volunteers who are willing to teach these refugees children. Hopefully one day they can go back to their homeland.

Jason berkata...

91,000??! That's a lot.

azman berkata...

jumlah pelarian yang berada di negara ini agak ramai..

Jason berkata...

Although these kids may be refugees, still it's good to help them out. Make sure they are send back to their country safely.

azman berkata...

harap satu hari nanti mereka akan dapat pulang ke negara mereka apabila kemelut di negara mereka selesai.

Tanpa Nama berkata...

saya harap lebih ramai pihak yang akan tampil membantu termasuk kerajaan bagi memperlengkapkan kemudahan yang paling asas kepada mereka bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.

POP berkata...

It's very sad to see all these children walking along the street without any purpose in life. Hope they can find something that they can do that will be a great aspect for them.

Tanpa Nama berkata...

walaupun mereka pelarian, mereka juga berhak mendapat pendidikan, pendidikan amat penting begi mengelak mereka terlibat dalam gejala sosial.

Tanpa Nama berkata...

pelarian tetap PATI kerana mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah..

Tanpa Nama berkata...

gara2 pelarian, sabah penuh dengan mereka...ini memberikan kesan negatif kepada masyarakat setempat..pernahkah pihak sukarelawan tersebut terfikir akan hal ini? IMM13 patut dibekukan kerana tidak relevan.

Tanpa Nama berkata...

"...Mereka hanya menetap sementara di Malaysia dan akan diserahkan ke negara ketiga atau dihantar pulang ke negara asal masing masing..."

hanya menetap sementara? sementara yang bagaimana? setahun, 5 tahun, 20 tahun? jadi yang di telipok sabah itu yang dikatakan pelarian dari filipina bila UNHCR mahu hantar balik? UNHCR mahu bebankan rakyat tempatan dan kerajaan tempatan kah?

Tanpa Nama berkata...

perlukah pelarian ini diberikan hak yang sama sedangkan rakyat tempatan pun ada yang tidak mampu mendapatkan hak tersebut seperti pendidikan..UNHCR kena realistik..

Tanpa Nama berkata...

daripada 91, 000 pelarian di malaysia, berapakah yang akan dihantar balik? siapa yang akan bertangunggjawab? kerajaan atau UNHCR untuk kos penghantaran dan kos hidup sepanjang pelarian tersebut di malaysia?

Bhatera berkata...

Memang jumlah yang ramai. Apa pun kita mengharapkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pelarian harus mengikuti undang-undang.

Bhatera berkata...

Mungkin ada peruntukkan diberikan daripada NGO tertentu. Memang jumlah ini terlalu ramai apa pun pengurusan tetap dilakukan dengan baik. mereka ini manusia juga.

Tanpa Nama berkata...

pelarian juga perlu diberi pendidikan bagi memastikan mereka menjadi insan berguna.

gonsikid berkata...

mereka2 ini seolah2 sudah menjadi beban kepada negara kerana kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan mereka...

apa yg lebih perit lagi, mereka x dapat memberikan apa2 kepada negara kerana akan dihantar pulang jg...

Tanpa Nama berkata...

Punya ramai... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Kesian juga la tengok ini budak... Dorang pun bukannya minta dilahirkan sebagai anak pelarian.. huhu

Tanpa Nama berkata...

Setuju antap. Semoga dgn cara ini anak2 ini akan membesar dgn azam utk kembali ke negara mereka dan membuat perubahan baik di negara mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurangnya jika negara mereka stabil takkan ada lagi pelarian yang mahu lari ke Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Apapun semoga usaha ni mendatangkan sesuatu yang positif.

Tanpa Nama berkata...

Apabila mereka besar nanti, jadi masalah masyarakat.
Lain kalu mereka diberi peluang belajar.

Tanpa Nama berkata...

91 ribu ini tidak termasuk pati di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Tiada masalah mereka menetap di Sabah buat sementara waktu, asalkan mereka tidak menimbulkan masalah seperti jenayah.

Tanpa Nama berkata...

Ini amat mendukacitakan.

dollie berkata...

This is totally a shock for me. 91,000 refugees are roaring in town.

Unknown berkata...

Pelarian ini juga manusia. Tidak salah jika anak mereka diberi peluang pendidikan.
Ini demi kebaikan Malaysia secara tidak langsung.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia sudah biasa hidup dikelilingi warga asing.
Tapi siapa dapat bezakan mereka samada mereka ini PATI atau pelarian.

Tanpa Nama berkata...

Negara kekurangan tenaga buruh, apa kata latih mereka dengan kemahiran tertentu?

Unknown berkata...

Tiba masa kerajaan cari jalan menyekat jumlah pelarian atau pati dari bertambah.

Gopuk berkata...

Jumlah itu terlalu besar...adakah kita mampu untuk menampung mereka dalam negara ini? saya pasti jumlah mereka ini akan bertambah pada setiap hari. Kepada pihak yang bertanggungjawab diharap dapat menyelesaikan masalah ini kerana anda akan tetap mendapat sokongan dari rakyat.