HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 Disember 2010

Ayuh rakyat Perak! negeri kome bakal muflis

WarkahDaily

Usah terlambat wahai rakyat Perak. Sebelum nasi jadi bubur, baik kome bersiap sedia ‘lingkupkan’ kerajaan kudeta Umno-BN sekarang daripada terus meruntuhkan negeri anda.

Setakat 2010, hutang kerajaan Perak hampir mencecah paras RM1 bilion. Apa lagi kome nak tunggu, dalam PRU-13, masa untuk anda mewajibkan diri anda mengubah kerajaan kudeta Perak sekarang.

Hutang-hutang tu memanglah kerajaan kudeta Umno-BN yang buat, namun rakyat Perak turut dibebani dan tertanggung hasil hutang yang dibuat.

Jika hutang-hutang tersebut tidak terus dilangsaikan kerajaan kudeta Zambry, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, Perak bakal muflis.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung. Pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.

Adun Pantai Remis berkata, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.

“Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan,” kata Nga ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun Perak baru-baru ini.

Tiada ulasan: