HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Disember 2010

Azmin janji 'autonomi penuh' untuk S'wak

MALAYSIA KINI

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEBercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.

"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

autonomi penuh??? autonomi dalam bentuk apa??? atau ini hanya untuk mendapatkan sokongan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

berjanji memang mudah tapi melaksanakan janji itu yang sukar.

Tanpa Nama berkata...

setelah PKR berhadapan dengan pelbagai insiden, kontroversi dan kekotoran, masih ada ahlinya yang berani naik ke atas pentas menjanjikan itu ini. janji Azmin ini hanya langkah terdesak untuk meraih sokongan kerana tidak ada apa2 yang boleh mereka lakukan malah Anwar sendiri tidak boleh lagi ke luar negara meminta simpati dengan memburuk2kan nama Malaysia kerana negara2 luar juga sedang menjauhi Anwar yang telah terbukti kes liwatnya.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana rakyat mahu mempercayai bahawa Azmin boleh memberikan autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak sedangkan masalah parti dan negeri2 Pakatan tidak pula mampu diselesaikan.. apa bentuk autonomi yang hendak diberikan kepada negeri2 Borneo ini? tidakkah Azmin terfikir sekiranya benar beliau mampu memberikan autonomi itu, negeri2 lain di semenanjung juga akan menuntuk perkara yang sama?..

Tanpa Nama berkata...

saya harap rakyat Sabah dan Sarawak tidak terpengaruh dengan janji2 pembangkang kerana mereka juga sebenarnya tidak mampu memberikan apa yang telah mereka janjikan. cukuplah Selangor sahaja yang meraih tempat pertama dalam jumlah kes maksiat, perogol, buang bayi dan jenayah di Malaysia. malah cukuplah hanya negeri selangor sahaja yang mengalami defisit dan bakal bankrap.. semua ini tidak perlu dibawa ke Sabah dan Sarawak

Tanpa Nama berkata...

azmin punya mulut sama saja macam bos dia iaitu anwar ibrahim..penuh dengan 'madu'..

Tanpa Nama berkata...

apa yang azmin tahu pasal perjanjian 18 perkara sarawak dan 20 perkara sabah? apa yang dia tahu pasal pembentukkan malaysia pada tahun 1963?

Tanpa Nama berkata...

rakyat jangan percaya cakap si azmin..kita sebagai rakyat dan penduduk di sabah dan sarawak tahu bahawa adalah mustahil autonomi penuh akan diberikan tidak kira PR atau BN..

Tanpa Nama berkata...

mungkin si azmin tidak berpijak di bumi nyata dan hidup dalam fantasi PKR..

Tanpa Nama berkata...

jgn mudah terpedaya dgn janji2 mereka ni.

Tanpa Nama berkata...

selagi anwar dalam PR, apa jua yang dikatakan oleh PR tidak harus dipercayai..kerana segala yang mereka katakan dan janjikan seperti autonomi penuh adalah mustahil..

Logop berkata...

Boleh dipercayaikah kata2x Azmin nie??

Logop berkata...

Cakap senang, tetapi adakah dia akan melaksanakan janji tersebut? Oleh itu, rakyat kenalah bijak menilai.

Tanpa Nama berkata...

autonomi penuh??? uiseymen, senangnya bercakap...

Tanpa Nama berkata...

Ya fazlin. Setakat menabur janji mmg mudah... Tapi mampukah utk melaksankannya!!!

Tanpa Nama berkata...

berhati2 dengan Pakatan.. jika Pakatan berjaya dalam PRU13. kuasa akan diberikan kepada DAP. kemudian DAP akan memberikan tanah2 di seluruh Malaysia kepada Singapura. seperti yang kita sedia maklum Singapura sejak dari dulu lagi menghadapi masalah kekurangan tanah bagi menampung rakyat dan pembanguanan. sebab itulah Pakatan mahu menghapuskan ketuanan melayu dan menghalalkan apa sahaja yang dibuat oleh DAP.

Tanpa Nama berkata...

Jujurnya saya tak anti PKR... Tapi disebabkan gimik dan sikap suka tunding jari mereka, lama kelamaan saya boring dengan mereka... Tak habis2 dgn gimik. huhu

Tanpa Nama berkata...

Jadi sblm menabur janji dgn rakyat, perbaikilah sebarang kelemahan parti supaya nampak juga kredibiliti tu. hehe

Tanpa Nama berkata...

Apapun, saya yakin rakyat sudah cukup matang utk membuat penilaian :)

Tanpa Nama berkata...

Sebelum pilihanraya, apa janji pun boleh dibuat.
Samada ditunaikan nanti, tidak tahulah.

Tanpa Nama berkata...

Azmin janji autonomi panuh untuk Sarawak, Anwar pula janji autonomi untuk Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Janji tinggal janji itulah yang berlaku dalam politik. Maka janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata azmin autonomi penuh. Itu hanya perangkap untuk menarik undi.

Unknown berkata...

Rakyat jangan mudah tertipu dengan helah semua ini. Fikirkan secara logik bolehkah perkara ini berlaku untuk Malaysia??

Hosie Masie berkata...

Azmin menjanjikan sesuatu perkara yang susah untuk menjadi kenyataan. Kita sendiri harus bijak memilih. Tidak ada paksaan untuk memilih siapa yang layak itu terpulang dengan rakyat sendiri. Tapi salah sendiri yang tanggung kelak.

Tanpa Nama berkata...

Janjian-janjian macam ini memang biasa didengar terutamanya sebelum PRU.

Unknown berkata...

Azmin janji? Kalau benar nanti PR berkuasa dan Anwar tidak bagi macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Autonomi ini harus diuraikan dengan lebih jelas.
Bnayak definasi nanti timbul kontrovesi.

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak percaya apa yang dijanji Azmin.

Unknown berkata...

Janji cuma janji, nanti sudah berkuasa, macam-macam dibuat untuk mendomina.

Gopuk berkata...

Terpulang kepada rakyat, adakah ingin memberikan Azmin peluang dan membuktikan apa yang telah dikatakan oleh beliau atau tidak memberi peluang langsung untuk beliau membuktikan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul autonomi penuh, kaya rayalah kita. Tapi, boleh percaya atau tidak janji Azmin ini? Hmm.