HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Disember 2010

Berapa jumlah sebenar hutang negara?

HARAKAH DAILY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig47V_6M2E_u3hiZCHUbZKqZl8_7FY82XhfdalPV0SO6ow3gdKjy9cwwi_sh7RunmAooJCfspEOpiR_C_lXgZWu6rD888I8nLnAp607C9WoRNBr04vQFPttmSHj2nGiSZKZeaX0rVTPBg/s320/malaysia-ringgit-banknote-papercraft.jpgPakatan Rakyat mendesak Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendedahkan jumlah sebenar hutang negara.

Menurut penyata anggaran perbelanjaan persekutuan 2010/2011, hutang negara berjumlah RM446.7 bilion.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang meletakkan hutang dalam dan luar negara pada paras yang jauh lebih rendah, iaitu RM231 bilion adalah tidak benar.

"Saya pun tidak faham apa jawapan beliau. Saya rasa kita patut mendapat penjelasan kerana hutang negara menyentuh kedudukan negara di masa depan dan keupayaan kewangan negara untuk mentadbir keseluruhan kaedah-kaedah pengurusan kewangan ekonomi negara," katanya di parlimen, semalam.

Sebelum itu, Azan mengemukakan soalan tambahan kepada soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan prestasi hutang negara iaitu hutang-hutang negara yang langsai dan belum dibayar balik.

Namun pertanyaan tersebut tidak dijawab secara khusus oleh Timbalan Menteri Kewangan itu, justeru meninggalkan tanda tanya cubaan kerajaan untuk melidungi maklumat berhubung kedudukan kewangan negara.

Azan mengambil contoh kebanyakan negara di dunia telah mula mengukur prestasi hutang berbanding pelan kewangan masa hadapan untuk menilai keupayaan pengurusan dana negara.

"Ini adalah satu insiden yang agak malang kerana maklumat hutang negara telah diberi angka yang cukup menyeleweng. Kita tidak rasa penting kalau angka itu berbeza 10 hingga 15 peratus tapi angka yang diberi 100 peratus lebih rendah," katanya.

Tambahnya lagi, kesan kekeliruan akan mengakibatkan reaksi pasaran berlaku serta merta ketika negara sedang memberi tumpuan kepada unjuran Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) justeru tidak memilih sama ada Umno atau Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) menegaskan Pakatan Rakyat tidak teragak-agak untuk membawa perkara percanggahan maklumat ke tengah mengikut aturan 36(12) yang boleh mendakwa menteri mengelirukan dewan.

"Kalau tidak serius beliau boleh secara terbuka betulkan. Tetapi kalau beliau serius dan benda itu direkodkan, saya rasa itu bahaya. Yang lebih penting ada impak kepada bajet dan kita bahas di atas angka yang salah," katanya.

23 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Harap-harap kerajaan boleh melangsaikan hutang negara secepat mungkin.

Leo berkata...

"Menurut penyata anggaran perbelanjaan persekutuan 2010/2011, hutang negara berjumlah RM446.7 bilion."

WHOA! Rm446.7 billion??!! Banyak betul hutang negara. Semoga kerajaan dapat melangsaikan hutang negara.

evan medhousky berkata...

tidak semestinya semua anggaran perbelanjaan itu adalah hutang. sebelum mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulut pembangkang, lihat dahulu apa penjelasan dipihak kerajaan. mungkin juga pembangkang sengaja mengelirukan rakyat dengan menyamakan nilai perbelanjaan dengan hutang negara.

evan medhousky berkata...

jika benarpun hutang negara meningkat, itu semua adalah hasil pembangkang memburukkan nama Malaysia di luar negara dan hasil pembangkang membangkang semua projek yang handak dilaksanakan oleh kerajaan. pembangkang hanya tahu menggagalkan usaha2 kerajaan kemudian bila ada masalah yang timbul dikemudian hari mereka lah orang pertama yang menyerang kerajaan, sedangkan mereka juga tidak ada sumbangkan kepada negara melainkan sibuk memperjuangkan politik masing2.

onong berkata...

Tunggu pengumuman dari menteri kewangan saja la.

Hamdan Hadillah berkata...

Dimana-mana negara lain pun mempunyai hutang tersendiri. Jadi malaysia harus pandai menguruskan kewangan negara supaya dapat menangani hutang yang ada.

Bujang Senang berkata...

Hutang tetap diselesaikan. oleh itu kerajaan perlulah menyelesaikan hutang yang ada pada negara kita. Ini untuk kebaikan negara kita. Semoga menteri kewangan akan menguruskan kewangan dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu saja penjelasan berhubung hutang negara. Tidak perlulah PR mendesak. untuk mengira keseluruhan mengambil masa. Maka harap bersabarlah kepada semua.

Tanpa Nama berkata...

jgn biarkan negara kita terus dibebani hutang.

zam berkata...

sebaiknya tunggu sajalah penjelasan dari pihak kerajaan.

zam berkata...

melalui pengurusan kewangan yang cekap pasti hutang negara dapat diuruskan dengan baik dan dalam keadaan terkawal.

Tanpa Nama berkata...

pengurusan kewangan perlulah baik dan sistematik.

Unknown berkata...

Rakyat juga ingin tahu berapa jumlah sebenar hutang negara.

Kerajaan yang telus tidak akan menutup keadaan sebenar negara.

Tanpa Nama berkata...

Pekara ini bukan rahsia, rakyat patut diberi peluang mengetahui pakara ini secara terperinci.

Tanpa Nama berkata...

Demi pembangun negara beterusan, jumlahnya mesti besar.
Kerajaan patut respon dengan permintaan rakyat.

elia berkata...

berapa pun jumlah hutang negara, kita kena mencari alternatif untuk meningkat kan pendapatan bersama.

Unknown berkata...

Kalu tau berapa hutang negara kita, tidak dapat tidur nanti.

Tanpa Nama berkata...

Hutang negara semakin tinggi rasanya. Kena cari jalan menurunkan hutang.

Tanpa Nama berkata...

Yalah, berapa jumlah sebenar utang negara?

Unknown berkata...

Hutang tinggi sekarang tidak bermakna tidak akan turun pada masa depan.

Unknown berkata...

Hutang negara buat masa ini pasti tinggi kerana selama ini kita perlu wang untuk membangun.

Tanpa Nama berkata...

Tapi lihat pemimpin-pemimpin hidup kaya raya saja?

Mohd Ishak berkata...

Tidak kira bagaimanapun, harap kerajaan boleh membayar habis hutang ini.