| Nazri Abdullah |
|
Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu. "Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya. "Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini. Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut. Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat. "Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan. "Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu. Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini. Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 13 Disember 2010
BN naik harga barang untuk dana PRU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
23 ulasan:
apa buktinya kenaikan harga barang ini adalah untuk dana PRU??
lebih baik jika PAS membantu memberikan idea bagaimana kita ingin berhadapan dengan keadaan pasaran semasa. bukannya cuba menyalahkan krajaan atas apa yang berlaku.
kalau tidak bohong atau fitnah sehari, memang tidak sah lah perjuangan PAS. apa sahaja yang terlintas akan dimanipulasikan seolah2 PAS ini dibarisi oleh budak2 hingusan yang tidak tahu melakukan apa2 selain menipu untuk menyelamatkan diri.
jika Nasruddin menggunakan alasan Malaysia sebagai pengeluar minyak dunia untuk menyokong protes kenaikan harga minyak, bagaimana pula dengan kenaikan harga air di Pulau Pinang dan Kedah?? harga air tidak dipengaruhi oleh harga pasaran dunia.. kenapa harga rumah biasa di Pulau Pinang boleh mencecah hampir setengah juta? dan kenapa ada rumah2 di Pulau Pinang dikhaskan untuk orang luar? PAS patut lihat kesalahan rakan sendiri dalam Pakatan sebelum mengutuk pihak lain. jangan menghalalkan satu pihak tapi mengharamkan sebelah pihak yang lain.. itu kurang waras namanya..
pembangkang ni pandai2 ja membaut tuduhan sesuka hati, harga barangan naik kerana harga pasaran yang tidak menentu.
Ada-ada ja fitnah dari pembangkang. Kalau benar dakwaan PAS, di manakah buktinya?
Daripada menuduh, baik PAS mencari penyelesaian kepada masalah2x yang ditimpa rakyat. Tiada faedahnya menuduh kerajaan semata-mata hendak mendapat sokongan rakyat.
Saya pun turut marah (sedih pun ada) dengan kenaikkan harga tersebut tetapi apa boleh buat. Takkan hendak menyalahkan kerajaan pula.
Apapun saya mengharap kerajaan akan mecari cara untuk meringankan beban rakyat. PAS pun kenalah membantu memberikan idea.
Kalau ya pun marah dengan kenaikan harga, agak2 la bah juga tu andaian. hehe
Apapun andaiannya, mungkin inilah politik... Tak habis2 dengan prasangka buruk. huhu
tidak dinafikan kenaikkan harga barangan tersebut membebankan rakyat. kos hidup yang makin meningkat ini menuntut sumber pendapatan yang lebih tinggi..oleh itu, akta gaji minimum harus dikuatkuasa seberapa segera..
diharap kerajaan sedar akan implikasi kenaikkan harga barangan tersebut kepada rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah dan bukan bekerja di sektor awam..
Apa pun alasan kenaikan harga barang tetap menjejaskan rakyat umum.
Cukuplah, jangan niak harga gas dan minyak lagi. Gula tidak banyak pakai.
Apa pun itu cuma andaian dari pihak pembangkang. Yang terbaik kerajaan harus memberikan yang terbaik untuk rakyatnya.
Setahu saya, Singapura juga menaikkan harga minyak mereka baru-baru ini.
BN naik harga barang, rakyat turunkan sokongan.
Rugi pula.
Mengarutlah. Barang naik harga, rakyat tentu marah atau sakit hati dan pembangkang akan jadikan pekara ini sebagai isu.
Ini bukan stategi yang sesuai untuk menghadapi pilihanraya.
harga barang naik disebabkan kenaikan harga komoditi dipasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan harga barang.
Harga barang kalau naik, mana lagi orang mahu sokong BN. Mengarutlah kenyataan ini.
Kenaikkan harga, saya rasa tidak ada masalahnya jika gaji juga dinakkan...
Benarkah ini? Jikalau benar memang patut rakyat marah! Ke mana perginya setiap cukai yang rakyat bayar?
Catat Ulasan