| Kenyataan PM Datuk Seri Najib Razak, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno-BN lain berkenaan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu dilihat seolah-olah ‘amat terdesak’ untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat.
Mengapa perlu PM dan TPM bersungguh-sungguh membidas andai selama ini pentadbiran Umno-BN cukup cemerlang seperti yang dicanang? Inilah bukti bahawa Buku Jingga telah menggugat Umno-BN, menakutkan PM dan menggentarkan TPM.
Andai Program 100 Hari Pakatan dikatakan sebagai 'politik janji' semata-mata, bagaimana pula dengan janji-janji kerajaan Umno-BN selama 53 tahun mentadbir Malaysia. Sejak era Tunku Abdul Rahman, semua tahu 1001 janji telah dibuat tetapi adakah semua dilaksanakan?
Kenyataan PM ini seolah-olah menampar mukanya sendiri kerana kejadian janji PM di Sibu dan Batu Sapi dan Hulu Sealangor pun masih belum tertunai sehingga kini. Janji sewaktu Bajet 2010 agar tiada kenaikan harga barang, nampaknya didustai PM sendiri. Janji Projek Terminal Puduraya juga sudah menjadi janji Gajah Putih akhirnya. Janji Jambatan Labuan sehingga ke hari ini dilupakan. Inilah bukti, konsep 1Malaysia - Keuntungan Syabas, PLUS dan UDA Mall diutamakan, Rakyat dipinggirkan.
Malahan, untuk rekod tiada satu pun projek Gajah Putih sepanjang hampir 3 tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan, berbanding 3 tahun pentadbiran Pusat Kerajaan BN.
Andai PM kata Program 100 hari Pakatan tidak berpaksi realiti, inilah realiti apabila semakin banyak janji Umno-BN yang tertimbun. Sebaliknya, sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, dan Perak buat seketika telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakasanakan agenda merakyatkan ekonomi dengan jayanya.
Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita KEADILAN
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan