
Inilah konsep yang selalu digunakan oleh pengamal SkimCepat Kaya
untuk memperdaya orang ramai.
Mereka berselindung disebalik kononnya konsep MLM. Konsep seperti di atas TIDAK DILULUSKAN oleh Kerjaaan Malaysia.
DENVER (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang menganjurkan skim piramid bernilai AS$71 juta ($92 juta) dan menipu berpuluh pelabur, termasuk bekas bintang National Football League, John Elway, dijatuhi hukuman penjara 40 tahun.
Sean Michael Mueller dijatuhi hukuman maksimum itu kerana kesalahan mencuri, menipu dan menjalankan kegiatan haram.
Bekas pengurus dana berusia 42 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut bulan lalu.
Pasukan pendakwa berkata persetujuan pengakuan itu membabitkan pemulangan wang AS$65.46 juta.
Menurut pihak berkuasa, 65 individu melabur AS$71 juta dengan syarikat itu dalam tempoh 10 tahun tetapi ia hanya memiliki aset bernilai AS$9.5 juta dan hutang berjumlah AS$45 juta pada April lalu.
Elway memberitahu mahkamah bahawa beliau dan seorang rakan niaga memberi Mueller AS$15 juta pada Mac lalu. -- AP.
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 11 Disember 2010
Dalang skim piramid mewah dijel 40 tahun
SABAH DAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
Baguslah kalau dipenjarakan, jadikanlah ini sebagai pengajaran, jangan mudah dipengaruhi oleh skim seperti ini.
biar padan muka dia...
kadang tu saya hairan, ada juga orang mudah terpedaya dengan skim pyramid cepat kaya ni...walau kerajaan sudah memberi amaran tentang bahayanya kegiatan tersebut...
na kotoh!!!! akhirnya kantoi juga.
Semoga hal ni akan jadi pengajaran.. Paling penting masyarakat harus sedar skim sebegini tipu semata-mata.
setelah kita didedahkan dengan pelbagai bentuk penipuan sepatutnya cukup untuk mengajar kita untuk lebih berhati2 dan jangan mudah terpedaya dengan skim2 yang mampu menjana kekayaan seperti ini.
40 tahun dipenjara. Memang padan dengan perbuatan dia.
Hukuman memang setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
semua kena berhati-hati. jangan sampai terpengaruh dengan skim seperti ini.
Ngam la tue kena jel!
Itu lah lain kali jangan rambang mata bila melihat orang tiba2 berjaya dalam sekelip mata tanpa bertahun2 berjaya. Ingat usaha adalah tangga kejayaan.
sikm seperti ini menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. kita jgnlah mudah terpedaya dgn skim2 seperti ini.
Catat Ulasan