| Fakhri Ali |
|
Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat. Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau dalam majlis ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Kepala Batas di Penaga. Hadir bersama ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Idrus Ahmad. Katanya lagi, kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan. Tambahnya, selain dari itu berlakunya penganiayaan terhadap rakyat apabila adanya bantahan dan protes bagi menegakkan keadilan. "Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan. "Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa. "Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini," ujarnya lagi. Menurut beliau lagi, apa yang lebih menggerunkan Umno BN apabila DAP baru-baru ini melalui pengerusinya, Karpal Singh telah memberi sokongan kepada PAS untuk membincangkan pembentukan negara Islam. Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Ahad lalu berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 23 Disember 2010
'Hanya Umno BN boleh perintah' sudah berakhir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
Memanglah kalau pas yang cakap memang akan berkata demikian. Kan mereka ini pembangkang jadi tidak mustahil mereka akan memburukkan kerajaan.
rakyat lebih tahu siapa yang sebenarnya layak memerintah PR atau BN.
tak perlu nak burukkan BN, rakyat tau BN lebih baik dari pembangkang.
PAS tidak perlulah memburukkan BN. lebih jika PAS fokus kepada keperluan rakyat dan memperbaiki parti sendiri.
kita lihat sahaja nnti mana yang lebih disukai rakyat.
Let's just wait and see.
It's the people decision whether they want BN to remain as the government.
I trust the people know what is best for them.
Keadaan akan berubah jika rakyat sudah berubah dan ingin melihat perubahan itu.Jadi kena tunggu pilihanraya akan datang..
Ada2 saja bah kalau politik ni...
Apapun kita tunggu & lihat sajalah nanti... hehe
PAS lah yang banyak menyesatkan rakyat Malaysia. siapa yang ajak rakyat turun ke jalan raya melakukan demo jalanan? adakah itu kaedah penyelesaian yang paling profesional? PAS banyak mempergunakan rakyat untuk dijadikan benteng ketika melakukan protes semata2 untuk kepentingan politik PAS. berkenaan dengan APCO, PAS sepatutnya kritik diri sendiri kerana menggunakan slogan PAS 4 all yang ditiru dari israel 4 all.. APCO telah pun menafikan perkara ini tapi pembangkang di Malaysia masih mempermain2kannya semata2 untuk politik sempit mereka.
We'll see which party is the people's choice to continue ruling the country.
Catat Ulasan